Wednesday, February 3, 2010

Senyum petang

Kuliah


Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.
Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,
"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.


Pancing
Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...
Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu malu kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima"

No comments: