Wednesday, September 1, 2010

pantun RaYA

Pisang emas dibawa beraya,
masak sebiji di Puduraya,
Hutang emas sebelum raya,
Masa nak bayar selepas raya.

Pisang emas dibawa beraya,
Masak sebiji di balairaya,
Semua hutang nak sambut raya,
Tauke kedai juga yang kaya raya.

Tinggi-tinggi si hantu raya,
Anak kerbau mati tak sempat raya,
Main mercun ditepi jalanraya,
Terbakar rumah beraya di balairaya.

Tinggi-tinggi si bunga raya,
Anak kerbau mati di lebuhraya,
Pagi-pagi lagi dah keluar beraya,
Langsung tak ingat nak sembahyang raya.

Dua tiga kucing beraya,
Mana nak sama si badak raya,
Empat lima hari lagi nak raya,
Banyaklah berita kemalangan jalanraya.

Dua tiga kucing pendakwaraya,
Manakan sama kucing rimba raya,
Dodol,lemang,rendang dan kuih raya,
Budak-budak tetap nak duit raya.

Gendang genduttali rapia,
Kenyang perut makan kuih raya.

Kura-kura dalam paya,
SELAMAT HARI RAYA.

1 comment:

Anis Rossa said...

hahahaha..per la bo piannye pantun nih..