Wednesday, August 27, 2014

FAKTA YANG MAHASISWA HARI INI KENA TAHU


FAKTA YANG MAHASISWA HARI INI KENA TAHU MENGENAI MAHATHIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN!

1. Ketika Tun M jadi Menteri Pendidikan pada 1974, Tun M mengubah model pendidikan kita dari British kepada model pendidikan Jerman.

2. Kenapa Jerman? Jerman lebih kepada hands on dan praktikkan sesuatu yang kita belajar. Tun berpendapat kita buktikan dengan cara yang lebih jelas dgn buat kerja itu sendiri. Sebab itu orang Jerman lebih cekap dalam bidang kejuteraan.


3. Tun M berkata Malaysia masih belum berjaya sepenuhnya berubah ke arah itu. Kita lebih menjurus kepada teori, peperiksaan bertulis tanpa buktikan kebolehan secara praktikal.

4. Pada 4 tahun terakhir pemerintahan Tun, 7 buah kolej universiti telah ditubuhkan semua nya atas hasratnya ikut model pendidikan jerman (hands on or praktikal basis).

5. Tahukah anda bahawa Tun M juga mewujudkan dan menekankan subjek Tamadun Islam dan kenegaraan?

6. Tun M berkata subjek Tamadun Islam sangat penting malah tujuan beliau juga mahu orang bukan Islam mengenali agama Islam yang sebenar BUKAN agama Islam yang ditafsirkan oleh orang tertentu.

7. Tun M berkata mereka (orang bukan islam) boleh memahami Islam dan tidak perlu berasa takut dengan Islam dan orang Islam pula akan lebih faham asal usul mereka.

8. Tun juga dapati orang yang belajar agama tak banyak yang tidak belajar sejarah Islam dan kekurangan itu perlu diatasi.

9. Tun M juga memperkenalkan Sekolah Wawasan. Beliau cadang kerana beliau melihat pelajar sekolah sekolah terpisah antara kaum.

10. Sekolah wawasan Tun cadangkan gabungkan tiga sekolah dalam satu kampus.

11. Tapi aktiviti tertentu kena bersama mcm sukan perhimpunan dan waktu rehat dan Tun berpendapat ia baik utk.negara kita.

12. Tun juga perkenalkan PPSMI dan ianya dimansuh pada zaman penggantinya.

13. Ketika zaman Tun lagi MCA juga dan kaum Cina sangat menentang idea sekolah wawasan.

12. Tun M Berkata orang cina menentang secara emosi seolah2 anak mereka tak boleh bercampur dengan anak orang lain.

13. Tun M juga berkata mereka seolah anggap kita inferior(lebih rendah) dan beliau tak boleh hal itu.

14. Dari segi pragmatism, ini cara terbaik. Kalau mgkin tak boleh tutup sekolah berasaskan kaum. Sekolah wawasan adalah yang terbaik.

15. Hanya MCA dan kaum Cina menolak dan sebab itu Sekolah tamil boleh campur dengan sekolah kebangsaan dalam satu kampus.

16. Tun juga berkata kebanyakan orang India lebih suka hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan mereka tak ada masalah utk tidak diadakan sekolah vernakular Tamil tapi lagi suka kalau dekat sekolah kebangsaan ada subjek mengajar bahasa Tamil.

17. Tun M juga menegaskan bahawa kalau kita baca Quran dan hadis2 sahih , kita akan dapati Al Quran itu cukup baik , cukup pragmatik dan cukup sesuai di mana2 zaman.

18. Yang menjadi masalah ialah tafsiran yang dibuat. Tafsiran ini pula ditumpukan kepada form(bentuk) bukan substance (isi).

19. Tun M juga antara yang cadangkan wujudkan Akta Universiti dan Kolej Universiti kerana ketika zaman beliau jadi Menteri pelajaran, dia dapati mahasiswa melayu lebih tertumpu kepada demonstrasi.

20. Kerajaan habis banyak guna duit rakyat tanggung mereka di universiti utk belajar bukan berdemonstrasi dan berpolitik. Ini sangat membazir dan tak hargai pelaburan tersebut.

Sumber : Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

No comments: