FENOMENA SUPERMOON DAN IMPAKNYA KEPADA BUMI



Kebelakangan ini tentu anda terdengar hebohnya tentang fenomena supermoon. Ya, menang benar ia sedang berlaku sekarang . Bagaimana fenomena ini boleh terjadi?



Mari kita selusuri perlahan-lahan kronologi yang menyebabkan fenomena ini terjadi.
Bulan sebenarnya beredar dalam orbit berbentuk elips (sedikit membujur) dan bukan bulat secara tepat , jadi terdapat jarak yang pendek dan panjang antara bulan dan bumi . Jarak paling pendek adalah 357000 km dan jarak paling panjang adalah 406000 km. Sekarang kita berada dalam keadaan jarak yang paling pendek iaitu 357000km .

Oleh kerana jarak yang lebih pendek ini maka bulan kelihatan 14 % lebih besar dan 30 % lebih terang dari hari-hari yang lain. Lebih menarik lagi jika kita memerhatikan bulan pada waktu bulan penuh (15 haribulan mengikut taqwim Hijrah) . Keadaan itu akan berlaku hari ini iaitu 11 Ogos 2014 dan sekali lagi pada 10 September 2014.


Apakah kesannya terhadap bumi?

Bulan sebenarnya adalah faktor penentu pasang surut air laut . Jadi bila bulan berada lebih dekat dengan bumi , ia akan mengenakan tekanan aruhan graviti yang lebih kuat dan menyebabkan paras ketinggian air waktu penuh lebih dari hari hari yang lain. Puncak kepada kesan ini akan berlaku pada 25 September 2014 di mana dijangka akan berlaku fenomena air pasang besar luar biasa dengan kedalaman yang tinggi pada waktu penuh (melebihi 5.5 meter).

Ini akan berlaku tepat pada 25 September kerana ketika itu bulan dan matahari berada tepat di garisan khatulistiwa dan ini menyebabkan tekanan aruhan graviti berganda terhadap bumi dan menyebabkan paras air laut meningkat ketika mencapai paras penuh. Sesiapa yang ingin melihat fenomena ini bolehlah pergi ke pantai berhampiran .

Pada 25 September waktu penuh air laut adalah 8.30 malam dan pada 26 September pula adalah 8.30 pagi.
Ada juga pendapat mengatakan kemungkinan tekanan aruhan graviti berganda ini mungkin menyebabkan sedikit pengembangan kerak bumi dan keretakan kerak bumi yang boleh membawa kepada letusan gunung berapi dan gempabumi .

Wallahualam . Harap-harap dijauhkan.

Sumber Asal : -mohd salleh mazukhi-THE PATRIOTS

Comments

Popular posts from this blog

MAKHLUK DAN RASAKSA MITOS

M.Zain Labu Labi