Penumpang Kapal Terbang Merakam Gambar Objek Di Atas Permukaan Ruang Udara Eropah..
Beberapa orang penumpang terkejut melihat terdapat 4 objek menyerupai manusia di atas awan.
Pada awal tahun ini, sebuah kapal terbang penumpang mendakwa sekumpulan objek
menyerupai manusia itu dirakamkan di ruang udara Eropah.
Menurut laman web ultrasonografi, Rangkaian UFO Interaktif ataupun The UFO Interactive Network (MUFON)
telah didokumentasikan di bawah Kes 82114. Saksi juga berkata kejadian itu berlaku sewaktu
perjalanan penerbangan dari Warsaw ke London Heathrow pada 15 Februari.
Semasa di Łodź Voivodeship, beliau melihat beberapa objek menyerupai manusia di atas awan berhampiran dengan kapal terbang itu.
Kesemua saksi sudah pasti terkejut dan sempat merakamkan beberapa keping gambar.
Manakala keesokan harinya, hal itu dilaporkan kepada MUFON. Saksi juga ada berkata imej
objek tersebut seperti sebuah keluarga, di mana terdapat orang dewasa dan kanak-kanak.
Saksi yang terkejut dengan penemuan objek menyerupai manusia di atas awan. (screenshots video Youtube)
Laporan saksi berbunyi, “Dari Warsaw ke lapangan terbang London Heathrow,
aya melihat keluar tingkap melalui pintu angin sebelah kiri pesawat,
dan saya perasan terdapat lelaki kurus berwarna gelap di atas awan.
Ia pastinya bukanlah sebuah seni bina kerana lokasi yang sangat tinggi, saya fikir ia adalah puting beliung kecil.”
“Terdapat 4 objek menyerupai manusia : dua daripada mereka tinggi manakala dua lagi masih kecil.
Jarak mereka juga sangat rapat di antara satu sama lain dan tidak bergerak langsung. Mereka berwarna gelap,
mempunyai bahagian atas badan yang besar manakala bahagian bawah mereka lebih kecil.
Satu daripada mereka kelihatan seperti mempunyai sayap panjang,” tambah saksi.
Mereka yang menyaksikan kejadian tersebut tentunya berasa takut dan terkejut kerana tidak
menyangka bahawa mereka akan menemukan objek aneh yang sedang berdiri di atas awan.
"Pesawat tersebut kemudian berlalu pergi meninggalkan objek tersebut sehingga ia hilang daripada pandangan”, kata saksi.
Pada bulan Januari 2016, terdapat saksi yang mendakwa melihat objek yang sama. (screenshots video Youtube)
Saksi kejadian pada tahun 2016 itu merupakan seorang pengurus perisian berasal dari Ireland,
yang sedang dalam penerbangannya dari Ireland ke Austria.
Pada altitud 30,000 kaki (9,150 meter),
beliau merakamkan gambar yang menyerupai bentuk objek tersebut.
Bukan pengurus itu sahaja yang melihatnya,
malahan terdapat lagi dua orang penumpang yang menyaksikan perkara yang sama.
Anda rasa apa sebenarnya objek-objek tersebut?
Kredit: Era Baru
No comments:
Post a Comment