Friday, July 31, 2009
Warkah Buat Gadis Solehah
Wahai Gadis Solehah…
Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.
Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-Quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.
Gadis Solehah..
Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..
Gadis Ku..
Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:
“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”
Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.
Gadis solehah…
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.
Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.
Gadis solehah…
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…
“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”
Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …
Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..
Sekadar buat renungan………
Thursday, July 30, 2009
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat.
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.
kelas B.I
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
Sudu
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
Mayat
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Tiru
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
Doktor
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor : "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh"
40 kesilapan mendidik anak
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.
Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.
Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
Wednesday, July 29, 2009
Wanita dipandang DARIPADA....
PERIBADI
Dilihat daripada: AKHLAKNYA
Dinilai daripada: KESABARANNYA
Diperhati daripada:KESETIAANNYA
Ditinjau daripada sifat: KEIBUANNYA
Malah dibesar melalui: SOLATNYA
PUASA menjadi TRADISINYA
AL QURAN menjadi HIBURANNYA dan AKHBARNYA
JIHAD menjadim MEDAN dan GELANGGANGNYA
manusia yang selalu BERUBAH adalah kaum WANITA
sebab jiwanya LEMAH
FIKIRANnya CETEK
sebab itulah SIKAPnya selalu
MENGECEWAKAN KITA
kecuali WANITA yang BERIMAN
NAFSU mengatakan wanita CANTIK
atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita CANTIK
atas dasar KEPANDAIANNYA dan
HATI mengatakan wanita CANTIK
atas dasar AKHLAKNYA
Oleh itu,
AKHLAK adalah bunga (hiasan) diri,
tanpanya hilanglah pandangan
manusia pada wanita..
Tuesday, July 28, 2009
Sikap berbaik sangka nilai persahabatan sesama insan
Pernahkah anda mengalami situasi pekedai terkurang memulangkan wang baki dan apabila menyedari perkara itu, beliau meminta maaf dan memberi jumlah yang betul?
Reaksi kita kepada situasi ini berbeza, ada yang tidak kisah, setengahnya pula berasa prasangka seolah pekedai sengaja hendak menipu pelanggan mencetuskan perasaan tidak puas hati.
Kenapa sukar untuk kita menerima maaf yang dipinta kerana kesilapan adalah perkara lumrah dalam diri setiap insan.
Dalam bukunya yang tersohor, Bimbingan Mu’minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah ‘hak pengampunan’.
Beliau mengunjurkan supaya keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut.
Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, selepas berkali kali, maka menurut sesetengah pendapat ulama salaf, hendaklah kita memutuskan perhubungan dengannya.
Manakala ulama yang lain berpendapat, boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.
Harga minimum sebuah persahabatan ialah kita berbaik sangka dengan dan nilai tertinggi persahabatan, mengutamakan sahabat lebih dari diri kita sendiri.
Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita pula? Imam Ghazali berpendapat, tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan dari sikap sahabat ditanggung sepenuhnya oleh kita.
Berat sungguh saranan itu tetapi dalam usia yang matang dan melalui perjalanan jauh membuatkan saya tertanya mengenai panduan berharga ulama ini.
Tidak mungkinkah di sana ada insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah kita mudah memberikan kemaafan itu? Sehingga kita sentiasa dipandang remeh dan perasaan kita tidak pernah diambil kira.
Seorang pakar motivasi pernah berkata, “Untuk maju ke hadapan, kenal pasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Sukar untuk memaafkan akan menimbulkan dendam. Dendam inilah akan mencengkam diri kita.”
Kata beliau lagi, untuk melepaskan diri diri dari cengkaman perasaan ini kita boleh lakukan tiga perkara secara berperingkat iaitu terima kenyataan perkara yang berlaku sebagai takdir, maafkan orang yang melakukannya dan lupakan kisah itu.
Ketiga saranan ini berat untuk dilaksanakan kerana ia berkaitan dengan hati yang perlu dibelai untuk memaafkan.
Dalam masa sama, kita letakkan diri kita sebagai orang yang memandang remah terhadap perasaan orang lain. Kita boleh merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini.
Sekiranya secara secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dengan mudah dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka kita perlu berfikir semula. Elakkan melukakan hati orang orang lain seperti kita tidak mahu dilukai.
Monday, July 27, 2009
Isteri Idaman
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...
Sunday, July 26, 2009
Nasib Melayu di Bumi Melayu - Dr. Mohd Riduan Tee Abdullah
Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.
Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.
Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.
Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.
Logik
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?
Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.
Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.
Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my
Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Kuntilanak coming soon....
Filem yg tidak mendapat kelulusan dari FINAS...oleh kerana filem ini filem seram terlampau,oleh itu pihak finas tidak membenarkan filem ini ditayangkan dimana2 rangkaian panggung wayang antarabangsa..Menurut kata dari pengarah filem ini pun ,semasa beliau sendiri pun sampai terkencing semasa mengarahkan filem semasa sedang dalam pembikinan dilokasi tersebut....
10 Kelebihan Takda Kekasih
2. Dapat tido lena
3. Tak perlu riso kalu xde miskol
4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik
5. Boleh makan kt mana2 restoren
6. Takde lagi sms boring tgh malam
7. Bley cakap dgn mana2 lelaki atau wanita
8 Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge
9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn
10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi
Saturday, July 25, 2009
23 perkara jangan dilakukan ketika memandu
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.
Kenali LELAKI dari gaya rambutnya....
1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.
3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.
4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri.
(additional ..++ tip tambahannn...)
11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.
12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik ‘IT’ orang nya..
13) RAMBUT ALA ‘ZAIBO’
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. ‘Accident-prone’ e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.
14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta ‘IT’ . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.
15) RAMBUT ALA ‘PUA CHU KANG’
- don’t play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??
16) RAMBUT ‘RONALDO’
- rambut ala si ‘pekan’ dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi ”
saja suka2… .sekadar hiburan… … ..
Friday, July 24, 2009
Tips Mengurangkan Stress (Motivasi Diri)
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya
Punco sobonar kejatuhan kerajaan Melaka pd Portugis
Al-kisah eh.. punco sobonar kejatuhan kerajaan Melaka pd Portugis bukanlah seperti yg sering diwar-warkan kepado kito. Ginilah cerito sobonar eh....
Sultan Melaka telah mendapat perkhabaran dari hulubalangnya, bahawa perairan Selat Melaka telah dipenuhi dengan kapal perang Portugis. Menyedari hakikat bahawa kerajaannya tidak mahir untuk menyusun strategi peperangan.. maka Sultan telah menitahkan bendaharanya supaya pergi ke N9 untuk meminta bantuan.
Setibanya di Sg. Ujong (sekarang soromban).. bendahara Melaka telah mengadap Sultan N9 dan menyatakan hajatnya Sultan Melaka untuk meminta bantuan kerajaan N9 memerangi askar Portugis yg mahu menakluki Melaka. Sultan N9 dengan berbesar hati ingin membantu dan mengerahkan seorang panglimanya yg paling gagah berani serta bijak merencanakan strategi peperangan untuk membantu Melaka. Maka dengan itu berangkat pulanglah bendahara tersebut bersama-sama dgn panglima N9 ke Melaka. Setibanya di Melaka.. panglima N9 dengan tidak melengahkan masa menyusun strategi askar-askar Melaka di tepian pantai Melaka. Pada masa ini..telah kelihatan banyak kapal-kapal Portugis telah menghampiri kawasan pantai Melaka.
Panglima N9 pun berkata ; " Bilo den bagi tando untuk mulokan sorangan.. semuo bersedio.. paham ?!! ".. disertai dengan sorakan askar-askar Melaka.
Tiba saat yg ditunggu.. kapal Portugis pun berlabuh dan turunlah askarnya satu persatu memikul senjata. Panglima N9 pun menjerit..
" SORANNGGGG...!!!!! " .. maka bangunlah seorang askar Melaka.. baru melangkah dua tapak.. mati kena tembak. Panglima N9 jerit lagi..
" SORANG LAGIIII...!!!!! " ..bangun seorang lagi askar Melaka.. mati jugak kena tembak.... Begitulah kesudahannya.. sampai habis semua askar melaka.. sorang bangun.. mati.. sorang bangun..mati.
So.. moral of the story.. Melaka tewas di tangan Portugis adalah kerana masalah bahasa.
* bukan cito sbona?hehehe
Thursday, July 23, 2009
Peribahasa budak derjah 5 kuntum
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.
Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.
Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.
Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.
Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...
Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.
Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.
Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?
Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.
Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . .
maknernyer................
maknernya.................
Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......
Pergi lah buat kerja!!!!!
Tanda-tanda BERBOHONG...
Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Wednesday, July 22, 2009
Seorang tua yang bernama Pak Lah
"Ha..lemang!!" Pak Lah terus mencapai parangnya dan terus menuju ke hutan untuk mencari buluh lemang.
"Nak ke mana tu,Pak Lah?" Sapa Pak Akob.
"Nak ke hutan,cari buluh lemang.Anak cucu nak balik!" Jawab Pak Lah.
Pak Akob hanya tersengih dan berlalu pergi.Selesai sahaja mencari buluh lemang,Pak Lah terus memikul buluh-buluh itu dan segera membawanya pulang.Di dalam perjalanan pulang,Pak Lah
bertemu Pak Musa.
"Buat apa dengan buluh-buluh tu,Pak Lah?!" Tanya Pak Musa.
"Buat lemanglah,anak cucu aku nak balik".Jawab Pak Lah.
"Tak payah lah Pak Lah.Jualkan je buluh-buluh tu pada aku".Offer Pak Musa.
"Mana boleh,aku nak buat lemang.Anak cucu aku nak balik nanti boleh makan lemang".Jawab Pak Lah dalam keadaan bengang.
Pak Musa hanya menggeleng-geleng kepala sambil berlalu pergi.
Hari tu Pak Lah adalah orang paling sibuk sekali.Dari memanjat pokok kelapa,parut kelapa,anyam ketupat,cari kayu api...segala-galanya dai buat seorang diri.
Pak Lah tak fikir apa lagi dah,yang penting hatinya gembira sebab anak cucu nak balik esok.
Dodol!! Ya hampir terlupa Pak Lah pada kueh tradisoanl yang satu ni.Sedikit demi sedikit dia tersenyum menampakkan gusinya.
Pak Lah ketawa.......semakin lama semakin kuat dan dia berkata...
"Laaa...Aku belum kahwin lagi rupanya!" hahahahahahaaaaa.....
Anjakan paradigma (LAW of reciprocity)
kebelakangan ni aku suka baca buku, sampai kwn aku ckp "jgn baca sebarangan nanti kacau jiwa ko" bila dia tgk aku tgh baca buku karen amstrong yg aku donlod tu, the history of god. tp aku percaya ilmu ada di mana2, dan aku takkan praktikkan selagi aku tak dpt bukti yg idea karen amstrong tu betul. semua idea2 sampingan ni penting utk kita tahu dan peka dengan perkembangan ilmu semasa. Islam tak pernah melarang kita mencari ilmu malah menggalakkan, cuma akhlak kita mesti selari dgn nas-nas dan hukum2 yg telah qat'i (muktamad betulnya) diluluskan Islam.
Law of reciprocity ini aku petik dr buku pshycology of persuasion karangan kevin hogan.
Law of reciprocity means:
"When someone gives you something with perceived value, you immediately respond with the desire to give something back"
hukum saling memberi/membalas sesuatu iaitu secara ringkasnya, bila seseorang buat baik kat kita, hati kita akan terdetik utk buat baik kat dia setimpalnya
Bila org buat baik kat kita, yg terdetik ialah rasa shj. Kdg2 org yg hati dia sakit, dia biarkan saja rasa itu berlalu tanpa disusuli oleh perbuatan. Sepatutnya, kita akan rasa terhutang budi dan kita akan cari cara utk balas balik kebaikan dia. at least utk sementara waktu kita ucap terima kasih saja dahulu. Apabila kita selalu mengabaikan "detik hati" atau "rasa untuk buat" berlalu saja setiap kali ia terjadi, lama2 hati kita akan jadi keras dan sensor kita akan rosak.
INGAT: Dlm hati kita ada asma ul husna, bila hati terdetik secara sucinya menyuruh kita lakukan sesuatu, just do it! Jgn cari alasan!
Tapi kita mesti bersikap proaktif, jgn memberi kerana mengharap balasan. Ia akan memerangkap kita. Contoh pada diri aku sendiri.
First2 aku masuk rumah sewa ni aku rasa happy, aku suka masak utk kwn, aku kemas rumah, aku selalu gembirakan mereka. Tp bila masa berlalu, aku rasa mcm kebaikan aku tak dibalas setimpalnya. (paradigma yg silap: memberi mengharap balasan). Lama2, aku jd tak hepi, aku malas masak, aku kuar mkn sorang2. Harap diorang mengerti yg aku tak suka dengan keadaan mcm tu, tp diorang tak mengerti juga. Kalau nk bgtau, sepatutnya diorang dah besar dah tahu semua. tp tak, hati batu! (paradigma yg silap: melihat salah org yang mana diluar kawalan kita)
Sapa tak tensen kalau kita masak, mkn ramai, kita tukang basuh kuali periuk.
Kemas rumah sorang2, yg sepahkannya ramai.
pastu roomless ni langsung takde privacy.
Baru aku teringat kata2 pujangga "buat baik berpada2"
Pastu baru aku sedar akan kesilapan paradigma aku.
paradigma lama aku: rumahku syurgaku
Aku bercita2 utk menghidupkan rumah sewa seperti satu famili. Aku tak kisah belanja lebih sikit utk beli kicap, sos, ikan sayur semua. Aku harap semua org mainkan peranan sebagai satu anggota keluarga, bukan hosmet rumah bujang. Itu cita2 aku dan aku dah ucapkan kat hosmet aku bila dia tanya, eh ni beli brg ni brape ni nak kena baya. aku ckp ala sikit je, takpe la lenkali abes ko la plak beli. takyah la nak kire2, kita anggap kita semua sbg satu famili, sikit kita makan sikit, byk kita makan byk.
Tp aku tak mampu nak motivate hosmet2 aku ke arah cita2 aku. Makanan ada pakat makan, bila dah abes, diam je semua. Makan kat luar. Almost everything aku yg kena buat. Aku tak kisah, tp aku bengang sbb diorang pun tak kisah juge! (paradigma yg silap: membiarkan keadaan persekitaran mempengaruhi keadaan minda)
paradigma baru aku: buat baik berpada2.
At least aku tak stress dgn perangai2 org. Kita tak mampu nak ubah org, tp kita mampu ubah diri kita sendiri. Org lain buat salah kita boleh nasihat saja, nak dgr ke tidak terpulang lah. sekarang aku lebih rileks. Aku buat apa saja yg aku rasa betul, dan aku tak harap apa2 balasan pun.
bila org wat bising time aku baca buku (maklum takde bilik sendiri baca kat ruang tamu je) aku plug in aerphone kat telinga.
Bila nak makan, aku masak sorang2 aku makan sorang2, aku basuh pinggan sorang2. kalo kebetulan hosmet aku ada aku offer jer, kalau dia tanya brg yg aku dah beli tu nak share ke, aku ckp takpe aku belanja. aku yakin, kalau aku ikhlas, aku akan dpt ganjaran lebih besar di akhirat yang mana kalau aku terima duit hosmet aku ganjaran ni aku tak dpt. Jadi aku sedekah, dan aku senyum.
Bak kata stephen r covey, kita mesti jd proaktif, jgn biarkan suasana sekeliling membentuk kita (reaktif), tetapi kita mesti membentuk diri kita sendiri tak kire apa keadaan pun kita berdepan. Jadi, kita mesti bancuh diri kita elok2, cari ilmu kaw2, pastu ubah keadaan, bukan keadaan ubah kita. (paradigma yg betul: Inside out!)
Note: Diambil dari posting forum member aku.
Nasihat PDRM
Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur
Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari.
Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran
Di daerah-daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan
Juga Negeri Sembilan.
Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak
Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa
2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini
Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan
Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita
Tersebut.
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Kerana
Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan
Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian
Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi
Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.
Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini
Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan
Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari
Tempat
Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk
Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu
Pihak
Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.
Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi
Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke
Saat
Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang
Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi
Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000
Orang.
Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik
Dan
Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana
Dengan
Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan
Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak
Diingini
Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum
Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini
Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat
Mujarab Iaitu :
RIDSECT
Membunuh Serangga Dengan Berkesan.
Sebab aku dah terkena, terpaksa aku forward kat korang. tak
kan
marah kut?!
Tuesday, July 21, 2009
Merancang Jantina Anak
Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum - XY (anak lelaki) - XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:
Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha.. :)
ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.
Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong
Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat
Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah.. Semoga Berjaya.
Petua melayu Lama untuk Anak Dara
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh
4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jimak setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating (khas 'utk lelaki)
1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila “diserang”.
2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.
3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.
4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang “demand” kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.
44 Pantang larang bakal Pengantin
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.
Tips memilih teman lelaki (untuk pompuan je nie...)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Lelaki Posesif
Lelaki ini kelihatan begitu menyayangi anda. Dia tidak ingin jauh daripada anda. Bahkan, rela menghantar anda walau ke manapun anda hendak pergi. Tapi, jangan cuba-cuba melepaskan diri daripada si dia. Mungkin anda beranggapan bahawa si dia amat sayang kepada anda, sehingga menjadi seorang yang kuat cemburu. Sebenarnya anda sedang terjebak dalam penjara cintanya. Dia menganggap anda cuma barang miliknya yang harus berada dalam genggamannya.
Tanda-tanda lelaki posesif adalah seperti berikut:
a. Kalau anda mahu mengikut sesuatu aktiviti, anda harus meminta izin terlebih dahulu. Si dia tidak membenarkan anda menghabiskan masa dengan teman-teman sebaliknya menyuruh anda menghabiskan sepanjang masa dengannya. Si dia pasti akan marah kalau anda menolak permintaannya.
b. Si dia selalu curiga kalau anda keluar bersama lelaki lain atau teman sepejabat anda walaupun bersama rakan-rakan sepejabat yang lain. Malah si dia selalu mengawasi kegiatan anda. Termasuk sering bertanya tentang cinta anda kepadanya.
c. Si dia juga sering menuntut dan memaksa anda menurut kehendaknya. Si dia mungkin bersikap manis setelah mengamuk kerana anda menolak permintaannya dan dia sering mengatakan tidak boleh hidup tanpa anda dan takut kehilangan anda.
d. Hubungan anda dengan rakan-rakan mungkin terbatas setelah mengenalinya. Lama-kelamaan kehidupan anda makin sepi. Anda mungkin akan kehilangan sosialisasi dengan orang lain. Potensi diri anda susah berkembang dengan wajar.
Lelaki Kasar
Lelaki jenis ini suka memaksa. Anda berasa seolah-olah ada kelembutan dalam dirinya. Dia suka bertindak mengikut perasaan. Selain memaksa, si dia seorang yang ego sehingga anda rasa terkongkong. Mungkin dia bertindak seperti menunjukkan kekuatannya. Tapi, sebenarnya kelakuan ini muncul kerana dia merasa tidak aman.
Gayanya seperti lelaki yang sopan dan baik. Dia sering menyalahkan orang lain di depan umum. Lagaknya seperti jagoan.
Kalau diperhatikan, dia suka merayu. Pada mulanya dia memujuk dengan lemah lembut, kemudian berteriak, membaling barang dan menumbuk tembok. Dia suka menuduh anda dengan tuduhan yang tidak beralasan. Bahayanya, biasanya dia bersumpah tidak akan melukai hati anda lagi. Mengaku sudah sedar. Tapi, dia tidak pernah berubah, jika sudah mulai memukul, kemungkinan besar ia akan mengulanginya lagi.
Lelaki Egois
Lelaki jenis ini lebih mementingkan diri sendiri. Si dia nampak baik dan suka membantu. Padahal si dia suka kalau dapat mengatur anda, dan menunjukkan dia berkuasa ke atas anda. Anda harus melakukan apa saja untuk menyenangkan dirinya atau hatinya. Si dia juga suka membeli anda hadiah.
Kelihatannya romantis, motifnya untuk membuktikan bahawa hubungan anda menyenangkan dan ideal. Dia tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain, termasuk anda. Selalu berasa benar dalam segala hal. Suka merendah-rendahkan pasangannya. Kalau prestasi anda lebih tinggi, dia akan marah. Dia ingin membuat anda lemah dan selalu bergantung padanya.
Di samping itu, dia tidak pernah mengambil peduli perasaan anda, yang penting dia gembira. Si dia juga sering mengucapkan kata-kata seperti kalau you benar-benar sayangkan I, you mesti… Anda mungkin kehilangan penghargaan terhadap diri anda sendiri kerana si dia mengatakan, anda tidak dapat hidup tanpanya. Si dia mungkin tidak segan-segan memukul anda.
Lelaki Miang Dan Mata Keranjang
Lagaknya seperti seorang lelaki yang berperwatakan liar. Pandangannya luar biasa kerana yang diminati hanya tubuh anda. Anda mungkin tidak selesa dan berasa janggal jika selalu dipandang. Si dia tidak dapat menyembunyikan dorongan seksualnya. Mungkin dia terpengaruh dengan filem dan bacaan porno atau pergaulan dengan rakan-rakan. Jadi, dia mempunyai fikiran kotor.
Tanda-tandanya adalah seperti pegangan tangan dengan penuh bernafsu seperti ingin bermesra dengan anda. Rayuannya maut. Lelaki jenis ini suka wanita yang bertubuh cantik dan menggiurkan. Dia juga suka memberitahu anda bahawa bahawa ramai wanita tertarik dengannya dan dia tidak segan mengatakan, betapa beruntungnya anda memiliki dirinya.
Bahayanya, lelaki jenis ini tidak mencintai anda sebaliknya dia hanya mencintai seks dan hanya suka dengan tubuh anda. Setelah puas, anda akan ditinggalkan begitu saja. Demi memenuhi keinginannya, dia akan berusaha membuat anda lemah. Akhirnya, seolah-olah hanya dia yang mampu membuat anda berasa dicintai. Anda mungkin tertipu atau lebih buruk lagi anda mungkin kehilangan milik anda yang paling berharga. Anda harus berhati-hati menghadapi si dia yang mempunyai sikap seperti ini.