Esok dah nak raya,hari ni Pak Lah mesti siapkan segala-galanya."Ketupat dah anyam,ayam dah sembelih......lagi apa ye?! Pak Lah memikirkan sesuatu...seperti ada yang kurang.
"Ha..lemang!!" Pak Lah terus mencapai parangnya dan terus menuju ke hutan untuk mencari buluh lemang.
"Nak ke mana tu,Pak Lah?" Sapa Pak Akob.
"Nak ke hutan,cari buluh lemang.Anak cucu nak balik!" Jawab Pak Lah.
Pak Akob hanya tersengih dan berlalu pergi.Selesai sahaja mencari buluh lemang,Pak Lah terus memikul buluh-buluh itu dan segera membawanya pulang.Di dalam perjalanan pulang,Pak Lah
bertemu Pak Musa.
"Buat apa dengan buluh-buluh tu,Pak Lah?!" Tanya Pak Musa.
"Buat lemanglah,anak cucu aku nak balik".Jawab Pak Lah.
"Tak payah lah Pak Lah.Jualkan je buluh-buluh tu pada aku".Offer Pak Musa.
"Mana boleh,aku nak buat lemang.Anak cucu aku nak balik nanti boleh makan lemang".Jawab Pak Lah dalam keadaan bengang.
Pak Musa hanya menggeleng-geleng kepala sambil berlalu pergi.
Hari tu Pak Lah adalah orang paling sibuk sekali.Dari memanjat pokok kelapa,parut kelapa,anyam ketupat,cari kayu api...segala-galanya dai buat seorang diri.
Pak Lah tak fikir apa lagi dah,yang penting hatinya gembira sebab anak cucu nak balik esok.
Dodol!! Ya hampir terlupa Pak Lah pada kueh tradisoanl yang satu ni.Sedikit demi sedikit dia tersenyum menampakkan gusinya.
Pak Lah ketawa.......semakin lama semakin kuat dan dia berkata...
"Laaa...Aku belum kahwin lagi rupanya!" hahahahahahaaaaa.....
No comments:
Post a Comment