Monday, September 28, 2009

Raya 2009

Ni gambo family aku Raya 2009.....berdiri sebelah kanan adik ipar aku, adik aku yg no-5,yg tengah tu adik aku no-7..paling tinggi dalam adik beradik aku,kita org panggil dia zirafah..sebelah dia tu adik aku no-8(bongsu)..and last kiri tu adik perempuan aku no-4(husband dia yg berdiri sebelah kanan sekali)..
Yang duduk sebelah kanan tu ..aku lah ngan anak sedara(anak sulung adik perempuan aku),duduk tengah2 tuh bapak tiri aku..sebelah dia tu dah tentulah emak aku..
yang tak ade dalam gambo nih..Abg aku dengan Family,Adik lelaki no-3&Family dan adik lelaki aku yg no-6(tinggal ngan ayah aku)..

aku 8 orang adik beradik ...7 lelaki n seorang perempuan..dan aku no-2

awat spek aku jadi gelap lak dalam gambo ....

Friday, September 25, 2009

Seminggu berhari raya....

Ehem..ehem..Assalamualaikum and selamat hari raya..masih lagi kita dalam bulan syawal iaitu bulan raya.Puasa sebulan raya pun sebulan gak la kan...hehe, macam-macam la korang nih...ermm.Aku mula bercuti raya pada hari jumaat iaitu 18/9/2009..thats mean aku last kerja pada hari khamis 17/9/2009...
Malam tu memang aku tak tidur..saje melayan internet radio dan juga facebook ape lagi main game ler kat facebook tuh..aku memang bercadang nak balik kampung pada hari jumaat tersebut..Dalam jam 3 pagi mak aku talipon,dia tanye balik ker tak..so aku jawap tak tau lagi,and mak aku suruh aku tanye adik ipar aku yang dok kat bdr bukit mahkota...kata mak aku ,kalo nak balik boleh tumpang adik ipar aku..
Aku jawap tak ape lah..mak aku memang terasa kalo aku tak balik kampung time raya,mak mane yang tak rindu kan anak nya..betul tak?..
Dalam jam 4.30 lepas jer bersahur,makan ala kadar jer..aku pun packing2 baju ape yang patut untuk balik kampung..Ape lagi merempit ler aku balik ke kampung..aku balik kampung ngan motor...dalam jam 6 pagi aku dah sampai Bentong..time tu dah jem ngan kereta...tapi aku ngan motor ape kisah jem ke tak jem..rempit semacam jer...hehehe,kira2 jam 7 pagi aku sampai Raub.
Terkejut mak aku..tgk anak dia tercongok pepagi buta lagi...sampai2 jer terus tidur,ngantuk siut dah ler malam tu tak tidur...pada hari jumaat tu cam biasa jer..tak ade buat2 ape2 lagi..
Pada hari sabtu 19/9/2009...aku pergi ke rumah bapak aku kat felda Sungai Koyan(mak ngan bapak aku dah berpisah)..ikut kan aku nak balik kampung awal lagi.sebab bapak aku tak berapa sihat..sememang nye tak sihat(macam kena stroke)So aku pun gi ler rumah bapak aku...bapak aku memang tak sihat,nak berjalan pun kena pimpin,tangan sebelah tak boleh nak gerak...so tengahari tu...aku suapkan bapak aku makan,aku urut2 kan tangan ngan kaki bapak aku...
Petang tu aku balik semula ke rumah mak aku..sebab nak tolong mak aku masak,biasa lah tiap2 tahun nak raya memang keje aku masak rendang ngan kuah kacang...
Hari ahad(raya nih)20/9/2009..lepas sembahyang raya..biasa lah salam2 ngan adik beradik,mintak maaf ngan mak n bapak tiri..semua dah menjamu selera..aku pun terus ker rumah bapak aku..nak beraya ngan bapak aku la pulak...sampai jer kat rumah bapak aku,ramai pulak tetamu...biasa lah raya..memang arr ramai tetamu..hehee..Tak perasan pulak rupa2 nya family member aku...dah lama tak jumpa..sama2 satu sekolah rendah dahulu...lama gak sembang..petang tu aku bertolak balik ke rumah mak aku semula..jarak Raub ngan felda Sungai Koyan lebih kurang 40-50KM..
Hari isnin ngan selasa aku tak kemana-mane,adik2 aku lanyak motor gi beraye...
Hari rabu 23/9/2009 pada sebelah petang aku gi open house di Bentung iaitu di rumah anis@rossalinda@occa(scsensasi-Gen2.net-RusakFM-Funkerfm)...itupun adik dia punya programme open house..si rossa sendiri open house pada hari sabtu 26/9/2009..pada hari tu makan laksa ok gak...sodap! lebih kureng jam 6 petang aku balik semula ke raub..jarak Raub ngan bentung lebih kurang 60Km...
Hari khamis 24/9/2009 lepak jer kat rumah...sambil2 tgk tv makan kuih2 raya..hehehe

Jumaat 25/9/2009..aku pun balik ke bangi aku bertolak dalam jam 8.45 pagi dari Raub,jam 10 pagi berhenti isi minyak di Perhentian Genting-Sempah,..aku sampai rumah aku kat bangi dalam jam 11 pagi....

Itu lah serba sedikit coretan aku berhari raya tahun ini...gambo2 raya tak cuci lagi so lain kali aku upload...

Wassalam............

Wednesday, September 16, 2009

Pantun....raya...........

Make ikke cicoh budu
ange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksir laju
Nanti rayo dale sepita

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung jangang gile

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Hawau kau melilau merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (Org kolumpo jgn kocik ati!!)

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal kome selamat sampai

Aloq Setaq berputaq-putaq
Lapaq perut makan kuih pau
Macam mana kami tak ketaq
Nak kena paksa bagi angpau

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya toksah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Ampun dan maaf andainya..
TERkasar bahasa..
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsasul yang tak sengaja..
TERpukul kat mana-mana..
TERpekik ditelinga..
TERhantuk dikepala..
TERpinjam harta benda..
TERmoody tak semena-mena..
TERumpat bila-bila..
TERmacam-macam lagi yang kena mengena..
Petang raya membakar lemang,
Membakar lemang sambil cerita,
Aidilfitri kini datang menjelang,
Tangan di hulur maaf di pinta.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Tuesday, September 15, 2009

Lagi lagi Raya....



Sekiranya ada salah dan silap..harap dapat di maaf kan.....Maaz Zahir Dan Batin
Selamat menyambut hari raya aidilfitri...berhati2 di jalan raya semasa dalam perjalanan nanti..

Monday, September 14, 2009

Raya Lagiiii......................

Selamat Menyambut aidilfitri...sahabat2 yg sudi menjenguk ke blog hamba nih.....

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya

Di kesempatan yang ada ini....di bulan yang mulia ini..aku nak mohon ribuan kemaafan kepada semua sahabat2 aku yang mane mengenali diri ini...sempena syawal tiba..di mana sekiranya ade tersalah kata mahu pun terkata atau terkutuk sengaja ataupun tak sengaja....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Saturday, September 12, 2009

SAM4 Broadcaster





Ini main page SAM4 broadcaster........................

Klik di CONFIG...kemudian akan Keluar satu lagi tetingkap..iaitu tetingkap 'configuration'..and then tgk di menu sebelah kiri sekali....dan pilih Audio Mixer Pipeline...kemudian lihat di sebelah kanan pada kotak yg boleh ubah.set kan kepada 'Encoder'...and klik OK...thats all

Dah abis bab config tu..klik pulak di desktop B....dalam tu ade banyak kotak2 tetingkap...tgk pada kotak Encoders sahaja...Klik pada tanda + ..anda akan dapati satu tetingkap akan keluar ..kemudian pilih samada MP3 normal atau MP3pro...and klik ok...tgk di bawah..
Selepas anda klik ok keluar lagi satu tetingkap baru iaitu MP3 Encoders And Streamer Configuration...di bahagian converter set kan kepada High Quality iaitu di Output Format setting...di bahagian Format untuk set kan bitrate terpulang kepada server radio anda...
Kemudian lihat pada server detail dalam tetingkap yang sama..iaitu untuk setkan Server IP,server Port,server password..serta server detail refer kepada admin radio anda..
terakhir klik pada desktop A..kemudian tgk pada..Track selected category..klik pada + ..iaitu untuk memasukkan file2 lagu dalam playlist SAM4 anda....that all...
Ini serba ringkas tutorial..lain2 info sila rujuk kepada admin radio anda..Selamat mencuba..


Wednesday, September 9, 2009

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Untuk Kita renungkan

Kalau dulu, masa zaman kanak-kanak, puasa selama sebulan dirasakan terlalu lama. Bahkan, nak menunggu dari pagi sampai ke petang (berbuka), punyalah perit. Tetapi hari ini, setelah kita dewasa, terasa benar cepat masa berlalu.
Cuba hitung sejenak, sekarang dah masuk hari ke berapa kita berpuasa. Walhal, seperti baru semalam tarikh permulaan puasa itu diumumkan di kaca televisyen.
Barangkali semua pernah melaluinya, bila lepas solat maghrib, duduk berzikir sementara menanti masuk waktu isyak, betapa terasanya masa bergerak dengan perlahan. Tapi jika duduk mengadap TV menonoton kartun Doremon, sedar-sedar jam menunjukkan pukul lapan!
Kemudian cuba kita bawa not RM50 masuk ke dalam pasar raya. Bila membayar di kaunter kita kadang-kadang terkejut. Barang taklah banyak sangat, tetapi selalunya sampai RM33 atau RM40 lebih kita kena bayar. Betapa kecilnya not RM50 tersebut di pasar raya. Namun jika not RM50 itu dibawa ke masjid, bila nak masukkan duit sejumlah itu ke dalam tabung masjid, seringkali kita rasa RM50 itu terlalu besar atau banyak untuk didermakan pada masjid!
Selamat Berpuasa.

Monday, September 7, 2009

Lirik Lagu

Ni ade lagu koi nak share ngan ghodong2 semua,iaitu lagu rakyat pahang.....


Lagu : Lemak manis
Penyanyi : Roslan Madun

sopan -santun,
anak melayu,
senyum terukir...
senyum terukir ...
bila disapa.

dalam pantun,
kukirim rindu,
rindu mengalir...
rindu mengalir ...
di dalam kata.

chorus:-
(lemak manis...
alah amboi-amboi,
santan kelapa...
alah amboi-amboi,
kupandang- lah manis...
alah amboi-amboi,
anak siapa?... 2x

pohon sena,
pohon meranti,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
buluh perindu.

adik di sana,
abang di sini,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
rindu menderu.

(chorus)

hujan di hulu,
tak reda-reda,
ribut lah turun ...
ribut lah turun ...
bertalu- talu.

abang di hulu,
adik di kuala,
kuhanyut rindu ...
kuhanyut rindu ...
dalam perahu.

(chorus & end)

Sunday, September 6, 2009

1 Malaysia

Raja Gula Ada.. Ladang Tebu Ada.. Kilang Gula Ada.. Malangnya GULA Tak Ada..!! Cukup Apanya.. Nak Beli Gula Macam Beli Dadah Bekalan barangan keperluan Hari Raya mencukupi Had seorang 2 kilo gula.

Fikir-fikirkan lah....

Friday, September 4, 2009

Petua Kesihatan

01- Masalah kencing tidak lawas
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

03- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.


04- Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

05- Merawat Sakit Tekak

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.


06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

08- Menurunkan panas badan

Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

12- Sembuhkan luka selepas bersalin

Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

13- Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

14- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

15- Hilangkan Lemak

Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.


17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

18- Melangsingkan badan.

Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

20- Khasiat bawang putih.

Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

Thursday, September 3, 2009

Fakta sejarah - asal usul perkataan 'elektrik'

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... .
Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.