Untuk Kita renungkan

Kalau dulu, masa zaman kanak-kanak, puasa selama sebulan dirasakan terlalu lama. Bahkan, nak menunggu dari pagi sampai ke petang (berbuka), punyalah perit. Tetapi hari ini, setelah kita dewasa, terasa benar cepat masa berlalu.
Cuba hitung sejenak, sekarang dah masuk hari ke berapa kita berpuasa. Walhal, seperti baru semalam tarikh permulaan puasa itu diumumkan di kaca televisyen.
Barangkali semua pernah melaluinya, bila lepas solat maghrib, duduk berzikir sementara menanti masuk waktu isyak, betapa terasanya masa bergerak dengan perlahan. Tapi jika duduk mengadap TV menonoton kartun Doremon, sedar-sedar jam menunjukkan pukul lapan!
Kemudian cuba kita bawa not RM50 masuk ke dalam pasar raya. Bila membayar di kaunter kita kadang-kadang terkejut. Barang taklah banyak sangat, tetapi selalunya sampai RM33 atau RM40 lebih kita kena bayar. Betapa kecilnya not RM50 tersebut di pasar raya. Namun jika not RM50 itu dibawa ke masjid, bila nak masukkan duit sejumlah itu ke dalam tabung masjid, seringkali kita rasa RM50 itu terlalu besar atau banyak untuk didermakan pada masjid!
Selamat Berpuasa.

Comments

Popular posts from this blog

MAKHLUK DAN RASAKSA MITOS

M.Zain Labu Labi