Saturday, June 26, 2010

Kemalangan Ngeri Pernah aku tengok ...18SG....

Harap maklum, Entri ini mengandungi gambar2 yang ganas keterlaluan..
(Kalau rasa lemah semangat, jangan TENGOKK..)


Korang pernah tak tengok kes orang mati kena bunuh @ bunuh diri dengan mata kepala korang sendiri?? aku baru je pagi tadi dapat tengok live...mungkin ni kes bunuh..

Ini adalah kes bunuh paling ngeri aku pernah tengok depan mata aku sendiri..Serius ngeri gila weh.tak pernah2 aku tengok kes macam ni....sampai sekarang aku masih terbayang2 lagi...

Kes ni jadi pagi tadi, waktu aku nak naik tangga nak masuk opis..masa ondway nak naik tangga, aku rasa macam ada benda pelik. je kat bawah tangga tu..macam ada benda tetiba bergolek2 bawah tangga tu...bunyi macam benda bergolek2..aku pun pi la tengok...tengok2 ja bawah tangga tu, MasyaAllah, aku rasa nak pitam terus time tu!! Aku nampak kepala yang dah terputus dari badan betul2 dok depan tayar sebuah motor..nasib baik motor tu tengah parking....kalau tak aku rasa hancur dah kepala si mayat tu kena lenyek..dan masa tu ada kucing tengah main2 dengan kepala tu. main macam dia main tikus mati..Terus aku halau kucing tu. Lepas tu aku rasa nak termuntah tengok kepala tu!! kepala saja tanpa badan..

Yang paling misteri, bila aku cuba cari kat mana badan mayat tu sekeliling kawasan tangga tu, aku tak jumpa! aku rasa takut sangat sampai tak tau nak buat apa time tu, dah la aku sorang2..

Sampai sekarang ni, sampai aku dok tulis dalam blog ni, badan dia masih tak dijumpai..Takut gila aku...dan sejak dari pagi tadi aku dok rasa seram sejuk, macam ada benda yang dok follow aku!!.

Kes ini mengingatkan aku dengan satu kes yang pernah menggegarkan Malaysia beberapa tahun lalu, mayat di cincang 18!!

aku sempat snap beberapa gambar, walaupun aku rasa takut sangat...tapi aku tak taulah berdosa ke tak aku letak gambar kepala tersebut dalam blog aku ni..kawan aku cakap jangan, nanti mengaibkan si mati, roh dia tak aman..tapi tujuan aku hanya untuk berkongsi sahaja. aku harap sesiapa yang rasa lemah semangat jangan tengoklah ye.. harap maaf..
.
.
.skrrol ke bawah untuk melihat gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Amacam, korang ada rasa Ngeri giler sampai nak termuntah tak???

p/s: Sampai sekarang badan dia masih belum dijumpai.

Friday, June 25, 2010

Motivasi

Motivasi ibarat makanan ruji,kalau biasanya maknan ruji ini perlu di ambil pada waktu-waktu tertentu motivasi pon juga demikian,malah motivasi adakalany lebih kerap diperlukan kerana ia berhubugkait dengan emosi,emosi yg tergangu bakal membuahkan tindakan-tindakan bodoh lagi merugikan.

Manusia perlukan motivasi untuk membina daya tahan mentalnya terutama tatkala berdepan dengan kemelut kehidupan yang selalunya mencabar.motivasi diperlukan untuk membinan kembali semangat yang telah luntur.adakalany motivasi menjadi bahan wajib untuk mengembalikan kembali daya juang dan sifat futuristic seseorang.

Manusia tampa motivasi ibarat “patung bernyawa” yang sekadar hidup tampa sebarang keinginan untuk lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik dan istimewa.

Hakikatnya setiap orang faham motivasi sebagai sesuatu yang memberi ransangan,semangat dan kemahuan.Extra mind mendefinasikan motivasi sebagai satu perasaan yang istimewa,hebat dan unik dalam bentuk cerita.

ceritanya begini:- suatu hari seorag ibu telah menbawa anak-anaknya melawat zoo.tiba-tiba,entah bagaimana seekor harimau yang terlepas dari kandang dan mencekup anak wanita itu,sudah tentu ini memeranjatkan dan menakutkan.tetapi apabila melihat anaknya digongong harimau ganas,keberanian tiba-tiba tercetus dan menguasai seluruh tubuh ibu itu.dia melompat dan bendepan dengan harimau tadi dengan tangan kosong.harimau merenungnya dengan padangan tajam,dia membalas dengan lebih tajam.

Akhirnya harimau menjadi takut,Ia melepaskan kanak-kanak tadi dan lari semula ke kandang.

Daripada kisah ini apakah motivasi dan dimanakah ia berada? Jawapanya ia suatu rasa yang dimiliki oleh semua orang tetapi tiada siapa yang menyedarinya sehinggalah berlaku satu peristiwa yang memaksanya terkeluar.

Jadi motivasi adalah catalyst luar biasa,hanya dimiliki oleh orang-orang yang telah membukanya dan mengunakanya.sekiranya catalyst ini sentiasa terbuka seseorang itu akan mendapat motivasi berpanjangan.Seseorang yang mendapat motivasi berpanjangan adalah mereka yang berasa hebat-sentiasa.

petikan dari buku motivasi diri wanita oleh Dr HM Tuah Iskandar

Wednesday, June 23, 2010

Asal-Usul Nama Hari dalam B.I

Pada awal pengiraan waktu, waktu dikira daripada mula terbit matahari yang dikenali dengan nama sistem "Sundial", yang menandakan waktu sehingglah terbenam matahari. Kebiasaanya, pada musim sejuk, waktu berjalan dengan lebih cepat.



Asalnya, setiap hari dikira dalam bentuk angka dan pada hari ke 7 setiap minggu dikenali dengan nama "Sabbat" yang bermaksud istirehat.



Sunday (Sun Day)



‘Hari Matahari’, dalam bahasa latinnya disebut "Dies Solis". Pada zaman dahuukala, orang-orang Babylon menyembah matahari sebagai Shamash, dan nama-nama yang digunakan adalah seperti : Baal, Moloch, Ahura-Mazda,Dagon, Ra, Sol, Marduk, Mithras, Khrisna, Aton, Woden, Zeus, Deus, dan Gott. Pada tahun 321 masihi, Constantine mengganti Sabbat, dan menjadikan Sunday sebagai hari istirehat.



Monday (Moon Day)




Dalam Bahasa latinnya adalah "Dies Lunae" iaitu Hari Bulan. Mona Lisa bermaksud ‘moon lily’. Artemis (Diana) selalu dilukiskan dengan gambaran bulan sabit di bawah kakinya (Maria, iaitu dewi Kwan Im juga dilihat dilukis dan digambarkan dengan bulan sabit dikaki juga).


Tuesday (Tiw’s Day)




Mardi ataupun juga disebut sebagai Hari Mars. Mars sebenarnya adalah dewa peperang puak Rom. Kalendar Rom juga menggunakan untuk bulan yang ke-3, yaitu March. Orang-orang Yunani kuno memanggil hari ini sebagai ‘Tiu Daeg’. Tiu adalah nama anak lelaki Woden dan Frigga, iaitu berhala bagi para ‘imam’ kafir zaman dulu.



Wednesday (Wodin’s Day)




Odin atau Woden, adalah ketua bagi dewa Norse, yang memerintah Valkries dengan kuda yang berkaki lapan. Woden dipercayai sebagai suami dewi Frigga, dan bapa kepada dewa Thor.


Thursday (Thor’s day)




Dewa Halilintar Norse dan anak lelaki Woden, juga dikenal sebagai Taranus, atau Dutch Doonner (nama yang diberikan pada rusa Santa Claus). Melekat dengan hari Rom, Jupiter.



Friday (Freya’s Day)





Dikenal juga sebagai Frigga, isteri Woden, menggunakan lambang ikan (lambang kesuburan), yang sering kali diguna pakai sebagai lambang Kristian. Ikan yang bernama ‘Fry’. Orang-orang yang menganuti fahaman Katolik akan dapat memberitahukan kita bagaimana dan bila ‘fish fry’ terjadi. Orang-orang Rom menggelarkannya sebagai Astarte, atau Venus. Dia adalah Earth Mother. Atau juga lebih banyak dipanggil dengan nama Asherah, Astaroth, Ishtar, Easter, Nanna, dan lainnya. Orang-orang Yunani menghormati dewi Aphrodite, Dewi cinta, kecantikan dan kenikmatan seks… pada hari ini.


Saturday (Saturn Day)



Saturn adalah dewa pertanian untuk bangsa Rom, dan hari ini dinamakan khas untuknya. Planet ke-6 juga dinamakan dengan nama Saturn sebagai menghormati dewa ini. Di India dinamakan Dewa Shani Pooja. Hari Raya Saturnalia diubah menjadi hari Christmas pada tahun 525.

Sepatah dua kata:
Semuanya menggunakan nama dewa bagi kepercayaan mereka.

Jadi lebih baik kita selalu menyebut menggunakan nama dalam
bahasa melayu atau pun arab iaitu,
Ahad, Isnin, Selasa, Rabu,
Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Thursday, June 17, 2010

SBDJ Siri 5 - Berjaga di Hujung Jambatan

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah.

"Aku bukan tuakng cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka-suka pada sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan-kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata :

"Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang akan terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan-kawan datuk yang mahu menjawab cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya, merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang-orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi diperkatakan oleh orang.

Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan bengkak-bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan

Swasta, tapi sakit datuk tidak juga mahu hilang. Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil untuk merawatnya. Sakit nya tidak juga mahu hilang.

Seorang dukun dari Mambang di awan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali oleh pawang yang benar-benar handal.

"Kenapa tok bomoh ?" seorang cucu datuk bertannya.

"Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek.

"Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidaj mahu memberikan jawapannya. Begitulah datuk, ia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. Walaupun sakit terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan-kawannya yang datang melawat. Kadang-kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya.

"Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal dekat Grik. Entah macammana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk merawatnya.

Memang di luar dugaan, anak cucu , datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama. Sesudah menerima suntikkan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari ruang tengah ke anjung ruamh. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi. Datuk mula boleh makan nasi. Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.

Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya. Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau-bauan yang wangi, diganti pula dengan bau kemayan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus duduk.

"Carikan aku tiga biji limau, tiga gelai daun sireh putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat membakarnya," ujar datuk tenang.

"Nak buat apa," tingkah nenek.

"Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk membeliakkan matanya. Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkankain kuning. Bila barang-barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang menaburkan serbuk kemenyan di dalamdupa.

"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding. Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak-kerak bagaikan ada tangan yang menyentuh.

"Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah. Semua anak cucu keluar. Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar.

"Dah berapa lama sakit ini, kenapa tak beritahu," anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . Tidak ada orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut.

"Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan.

"Dah dekat tiga bulan," sahut datuk

"Patutlah lama tak ke rumah."

"Sibuk."

"Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan."

"Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta."

"Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya.

"Itu salah saya," datuk mengaku.

Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta bunyi orang mengoyakkan daun sireh.

"Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya,"terdengar lagi suara perempuan. Beberapa saat kemudian, datuk memebuka pintu bilik , bau wnagi masuk ke ruang rumah. Lepas itu datuk memebuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.

"Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar-samar itu. Datuk melambaikan tangannya. Entah pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya . Datuk sudah pun mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya bertambah pening. Antara doktor dan dukun siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh. Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja.

Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa-apa atas kehilangannya itu, semuanya tahu, bahawa datuk pergi ke rumah isteri orang bunian. Dan datuk akan kembali ke pangkuan nenek sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga empat hari. Nenek tidak pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang kebahagiaan diri datuk. Biarlah datuk buat apa sahaja. Asalkan datuk gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati nenek.

Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk akan membawa seekor dua ayam hutan dan buah labu atau mentimun untuk nenek dan anak cucunya.

"Siapa yang merawat dalambilik dulu," tanya nenek pada suatu petang. Datuk tersenyum mendengar pertanyaan itu.

"Isteri muda kitalah."

"Siapa ?"

"Orang bunian."

"Hum, lagi apa katanya pada awak."

"Tidak ada apa-apa, cuma dia berpesat satu sahaja, kalau ada apa kesusahan pada keluarga kita, segera beritahu padanya." Jawapan yang diberikat itu cukup menyenangkan nenek.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam pengambilan ahli-ahli pengawal kampung untuk menentang pihak komunis yang sentiasa mengancam keselamatan penduduk kampung. Datuk telah dipilih untuk menjadi anggota AP. Kerana itu datuk kena menjaga kampung pada setiap malam secara gergilir-gilir dengan orang-orang kampung yang lain. Kerana datuk dianggap penduduk yang tertua di kampung itu dan tahu pula serba sedikit ilmu dunia, datuk telah dipilih untuk menjadi ketua.

Kadang-kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke hutan untuk mengempar sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat baginya. Datuk mernerimanya dengan rasa senang hati. Satu keistimewaan datuk, ialah dia cukup kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya tidak cengkung atau pucat. Satu malam telah diarahkan pasukan keselamatan untuk membawa anak buahnya menjaga kawasan kampung yang bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak sungai. Datuk pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh lima orang. Satu pasukan ditugaskan peronda tapi sungai mengala ke utara. Sedangkan datuk dengan kawan-kawan menguasai sebelah selatan hingga sampai ke jabatan besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu sebagai tempat ia mengatur sebarang gerakan.

Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali malam yang sepi itu dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukkan keselamatan yang melintas di atas jambatan besi.

"Kau berdua pergi ke hujung sama, dan kau berdua pergi berjaga dekat pokok besar," datuk memerintahkan anak buahnya.

"Di sini, siapa nak tunggu, tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu dengancepat. Dia termenung berfikir.

"Di sini, biar aku tunggu," katanya. Anak buahnya yang sudah diperintah mengikut arahan yang ditetapkan. Malam bertambah sejuk. Datuk mengigil kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. Badannya disandarkan pada besi jambatan. Tiba-tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam meniti atas palang besi jambatan menuju ke arahnya. Lebih kurang satu ela mahu sampai padanya , ular itu berhenti. Panggung kepala. Menjulurkan lidah. Mata ular itu nampak merah. Dari mulut ular itu terpancar sesuatu macam api. Bila ular itu mengkatupkan mulutnya. Api itu padam dan api itu akan wujud kembali, bila ular itu membuka mulutnya.

Saturday, June 12, 2010

Kisah Suami Isteri...[Cerpen]

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah
cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"


Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."


"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."


"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sanamenunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Cubalah kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :)






Sumber Dari : http://mmczone.multiply.com

Friday, June 11, 2010

Konsert Double Trouble disabotaj??

KEJAYAAN konsert Double Trouble yang menggabungkan dua gergasi rock, Search dan Wings di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Mei lalu masih lagi segar dalam ingatan para peminat.

Konsert tersebut bukan sahaja berjaya menghimpunkan 20,000 peminat, malah lebih 3,000 lagi terpaksa berputih mata gara-gara gagal mendapatkan tiket.

Lain pula kisahnya pada konsert edisi ke-2 yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru malam Sabtu lalu apabila ia 'disabotaj' oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjual tiket palsu.

Beberapa orang peminat yang menjadi mangsa tiket palsu itu hanya menyedari mereka ditipu apabila tiket yang dibeli dengan harga sama itu tidak dapat disahkan oleh mesin pengimbas tatkala memasuki pintu utama stadium berkenaan.

Keadaan menjadi sedikit tegang dan kecoh di pintu masuk apabila peminat yang ditipu menyuarakan rasa tidak puas hati.

Difahamkan, para petugas keselamatan yang menyiasat perkara tersebut berjaya merampas tiket palsu daripada seorang lelaki yang menjual tiket berkenaan di ruang legar pintu masuk stadium.

Mahu tidak mahu, peminat yang tetap ingin menyaksikan konsert tersebut terpaksa membeli tiket yang baru di kaunter.

Vokalis Search, Amy, dan Wings, Awie ketika ditemui pemberita selepas tamat konsert tersebut kesal dengan insiden yang berlaku itu.

Menurut Awie, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku kerana kaunter tiket telah disediakan oleh pihak penganjur untuk peminat membeli tiket.

“Saya amat kesal dengan perkara ini kerana peminat yang datang sememangnya ingin menyaksikan konsert pada malam ini.

“Saya berharap perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang. Buat mereka yang menjual tiket palsu itu bertaubatlah,'' katanya.

Katanya lagi, pihak yang tidak bertanggungjawab menjual tiket palsu itu diibaratkan sebagai menganiaya industri hiburan dan peminat dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Bagi pihak penganjur, ini merupakan satu kesalahan yang begitu besar. Keringat kami bagaikan sia-sia sahaja,'' ujarnya.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak menjejaskan persembahan bertenaga dua 'otai' rock yang bersatu di atas pentas yang sama sepanjang kira-kira tiga jam persembahan bermula pukul 9.15 malam itu berlangsung.

Dengan kebanjiran 15,000 penonton termasuk yang datang dari Singapura, hampir setengah padang bola sepak dipenuhi dengan peminat yang tidak berganjak dari awal hingga ke penghujung persembahan.

Bermula dengan paduan suara menerusia lagu Gemuruh, Amy dan Awie terus membuai penonton dengan seleksi lagu malar segar mereka antaranya Sejati, Alam Barzakh, Isi Atau Kulit, Isabella, Pawana, Pelesit Kota, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Ranggi Metropolis dan banyak lagi.



Oleh AZIZI MAJID
Gambar
NASIRRUDDIN YAZID dan BAAZLAN IBRAHIM

Wednesday, June 9, 2010

Nyah.......

Suatu malam pihak polis membuat serbuan di kawasan mak nyah..
Ramai nyah telah diangkut ke trak polis dan disoal siasat di balai...
Salah seorang dari nyah itu.. tidak mengaku yang dia adalah nyah..
sebaliknya mengatakan dia adalah wanita tulin...


Polis : "Siapa nama kamu???!!!"

Nyah : "Ti... encik..."

Polis : "cakap betul2 jangan bohong!!!!"

Nyah : "Iya... encik... betul nama saya Yati..."

Polis: "Bohong!!!! Pasti bohong!!! Kalau bohong mati engkau..."

Nyah (mengeluarkan suara aslinya): "Yatim... encik!"

Rosmaziana Ismail

(ini bukan cite aku tapi di antar oleh seseorg)



Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Rosmaziana Ismail, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Rosmaziana Ismail. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "Rosmaziana tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Rosmaziana ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Rosmaziana. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Rosmaziana adalah isterinya dan Ismail adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku Rosmaziana BTE Ismail rumah yang aku datang ni rumah Rosmaziana dan Ismail

Tuesday, June 8, 2010

Rindu berat....

Tiang Jurus kendur di huma
Batu Bersurat kelu dianjung
Badan kurus tidur tak lena
Begitu berat rindu tertanggung

Sauh tuan sauh berempat
Mari diletak tepi kuala
Jauh Tuan jauh bertempat
suatu ketika pasti berjumpa








Sumber : http://www.melayu.com