Wednesday, February 19, 2014

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB SESUATU BANGSA ITU TIDAK MAJU


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB SESUATU BANGSA ITU TIDAK MAJU 

Jemaah perjuangan adalah penyelamat. Tidak cukup kalau penyelamat itu hanya memiliki ilmu akhirat semata-mata. Seorang penyelamat tidak cukup hanya tahu ilmu tentang hukum hakam sahaja.

Memiliki ilmu dunia, sangat membantu dalam memperjuangkan akhirat. Bahkan ilmu dunia itu boleh diakhiratkan atau boleh dijadikan ibadah.

Kegagalan pejuang-pejuang Islam sebelum ini adalah kerana mereka hanya memiliki ilmu sekitar ilmu agama semata-mata. Hanya memiliki ilmu tentang hukum hakam.
Ilmu dunia mereka tidak berapa faham bahkan tidak minat.

Ini adalah satu kesalahan. Jadi orang yang perjuangkan kebenaran, yang hendak jadi penyelamat kepada manusia, perlu kuasai kedua-dua ilmu itu yakni ilmu akhirat dan ilmu dunia.

Keselamatan kita di akhirat ditentukan oleh bagaimana kehidupan kita di dunia.

Apabila memperkatakan hal ini maka ia ditentukan oleh kehidupan kita di dunia dan tentulah ilmu dunia itu perlu kita miliki. Kalau tidak bagaimana kita hendak bertindak kalau ilmu dunia tidak kita miliki.

Kedua ilmu ini yakni ilmu dunia dan ilmu akhirat kenalah digabungkan. Barulah perjuangan kita tepat maka layaklah digelar penyelamat.

Mari kita lihat kata-kata hukama atau kata-kata ahli falsafah, yang berbunyi "“Manusia itu tabiat semulajadi nya adalah makhluk yang maju.”"





Apa maksud makhluk yang maju?

Tuhan siapkan kekuatan-kekuatan dalam diri manusia membolehkan manusia itu maju dan hendak maju.

Jadi kalau manusia itu menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya, dorongan, kehendak-kehendak, rangsangan-rangsangan untuk maju, kemudian menggunakan alat-alat yang ada pada dirinya juga, seperti kekuatan akal fikirannya misalnya, maka manusia itu boleh maju.

Berbeza dengan haiwan. Dari mula-mula dijadikan sampailah beranak cucu, budaya hidupnya tidak berubah. Mana yang makan rumput, daripada awal sampai sekarang makan rumput. Kalau rumput itu tidak pernah dimasak, sampai kiamat pun ia tidak dimasak. Begitulah yang makan daging. Haiwan makan dagimg yang mentah.

Sampailah mati dan ke akhir zaman, ia tetap makan daging mentah. Begitulah kalau asalnya mereka tidak berpakaian, sampai hari kiamat tidak berpakaian. Haiwan tidak ada alat dalam dirinya, tidak ada rangsangan dan tidak ada dorongan untuk ia berubah atau bertamadun.

Hidup macam itu memang senang. Hendak tidur, ia tidak fikir tilam, tidak fikir alas. Kalau hendak makan rumput, makan sahajalah. Kalau makan daging, ia terkam haiwan lain dan makan sahajalah. Tidak perlu hendak cincang, hendak masak atau hendak cari rencah-rencahnya.

Sebab itu manusia awal dahulu, di zaman batu, keupayaannya lebih sedikit sahaja daripada haiwan. Ada yang duduk atas pokok, gunakan sumber air semulajadi, ada yang makan daging mentah.

Lama-lama manusia berubah sebab ada ransangan dalam dirinya. Ada kehendak, kemahuan dan akal pun memikirkan bagaimana hendak buat pembaharuan. Akal pun gunakan alat-alat yang ada dalam dirinya untuk mendapat satu kemajuan.

Mula-mula makan ikan mentah. Bila sudah jemu, ada rangsangan, fikir-fikir, buat api, maka bakarlah ikan itu. Fikir-fikir lagi, rebus.

Begitu juga dalam hal-hal pembangunan dan jalan raya. Dahulu, jalan raya hanyalah laut dan sungai. Sebab itu, masa itu orang berkampung di tepi sungai dan laut. Tidak duduk di tengah hutan. Kalau duduk di tengah hutan pun, yang ada sungai. Kalau tidak, tidak boleh hidup.

Tabiat yang ada pada diri manusia inilah yang merangsang dan mendorong untuk dia bertindak. Bila dia sudah terdorong, dia berkehendak maka dia merangsang otaknya untuk berfikir.

Maka otak pun fikir bagaimana hendak berbuat. Kemudian ia arahkan anggota fizikal untuk membangun. Akhirnya bersambung-sambunglah ilmu itu hinggalah dunia jadi macam sekarang.

Yang jadi masalah, walaupun ahli hikamh itu berkata, manusia itu tabiat semulajadinya boleh maju, tidak ada perbezaan apa bangsa atau etnik, tetapi kita lihat ada bangsa yang maju sangat, ada yang sederhana dan ada yang seolah-olahnya hidup seperti 700-800 tahun lalu.

Antaranya, penduduk Afrika. Rangsangan yang sama, dorongan sama, rasa hendak berubah sama, cara berfikir sama, kemampuan menggunakan tenaga lahir pun sama tetapi hasilnya tidak sama.

Kalau ada orang tanya kita, mengapa ada bangsa yang maju sangat dan sebaliknya ada yang mundur ? Kalau yang bertanya itu bangsa asing, orang bukan Islam , takkan kita hendak jawab secara hukum-hakam.

Maka bagaimana hendak jawab? Inilah ilmu dunia yang sangat perlu. Di sinilah pejuang-pejuang Islam gagal. Mereka hanya boleh jawab dengan hukum hakam sahaja. Bila ditanya tentang ilmu dunia, mereka tidak boleh jawab.

Kalau kita peka, kita akan dapati manusia itu fitrahnya sama tetapi hasilnya tidak sama kerana sebab-sebab berikut :

1.Malas 
Bagi sesetengah bangsa, rangsangan ada, kemahuan ada tetapi bila hendak berbuat, terasa malas. Bila fikir bagaimana hendak buat, perlu minta bantuan Allah, banyak cabaran, terasa malas. “Makan sahajalah apa yang ada. Biar sajalah. Hiduplah dengan apa yang ada.”

Malas boleh menjadikan sesuatu bangsa itu tidak maju. Sayangnya kerana dia tidak manafaatkan kemahuan dan tabiat semulajadi manusia yang mahukan kemajuan itu. Dia tidak gunakan pendorong yang Allah sudah beri itu. Kerana tidak tahan cabaran, akhirnya manusia jadi malas.

2.Bangsa itu pernah dijajah 
Bangsa yang malas, tidak berjuang tetapi bangsa yang rajin, berjuang. Bangsa yang rajin menjajah bangsa yang malas. Maka bangsa yang malas kena jajah. Suatu bangsa yang kena jajah, memakan masa paling singkat 100 tahun.

Malaysia dijajah selama 450 tahun. Orang yang rajin berjuang, menjajah negara orang yang malas. Dia jajah bangsa-bangsa yang malas. Penjajah ini dasarnya, dia sekadar hendak ambil khazanah harta di jajahannya. Bukan hendak didik anak jajahannya. Dia hanya didik beberapa orang untuk bantu kerjanya. Yang lain, pandai-pandailah hendak hidup sendiri. Sebab itu jalan raya, bangunan dibina sekadar perlu. Ilmu pun dia catu.

Macam dulu, sekolah setakat darjah 7 sahaja. Selepas itu jadi guru. Itulah juga orang yang jadi nazir dan gurubesar. Penjajah hanya ambil 2-3 orang, dipandaikannya untuk bantu tadbir negara itu dan digunakan untuk tundukkan rakyat. Penjajah ambil rakyat sendiri untuk tundukkan rakyat. Bila rakyat hendak bangkit, mereka tidak marahkan penjajah tetapi marahkan talibarut-talibarut itu. Jadi faktor kedua mengapa sesuatu bangsa itu tidak maju ialah kerana pernah dijajah.

3.Ilmu 
Walaupun sebuah negara itu sudah merdeka tetapi ia tidak boleh maju kerana faktor ilmu. Hendak maju, hendak adakan bangunan pencakar langit, nak jalan raya yang moden, tidak boleh kerana tidak ada ilmu. Faktornya tidak cukup ilmu.

4.Anak-anak didik penjajah 
Kebanyakan negara-negara yang baru merdeka, sebelum itu penjajah menjadi pemimpinnya. Mungkin Amerika, Perancis, Sepanyol, Portugis, Itali dan Eropah. Waktu pemimpinnya adalah penjajah, ada anak-anak tempatan yang dapat sedikit ilmu hasil dididik oleh penjajah. Bila negara dimerdekakan, maka kepada merekalah negara ini diserahkan. Takkan hendak serah pada orang yang tidak ada ilmu. Penjajah menyerahkan negara itu pada orang-orangnya juga. Iaitu pada orang Melayu yang otaknya otak penjajah, orang Indonesia yang berotak penjajah atau orang Arab yang juga sudah berotak penjajah.

Dulu penjajah yang tadbir negara. Sekarang otak penjajah yang ambil alih kuasa. Rupa tidak sama tetapi perasaan dan otaknya sama dengan penjajah. Hendak tukar rupa susah. Kalau hidungnya pesek, sampai tualah pesek. Tetapi otak dan jiwanya, penjajah. Bila penjajah balik kampung, kepada mereka itulah diserahkan negara..

Bila diserahkan negara kepada orang yang berjiwa penjajah, yang masih berhubung dengan penjajah, maka mereka bukan hendak bagunkan rakyatnya tetapi semua kekayaan masuk poketnya. Sesetengah negara, bahan mentah dan hasil negara banyak tetapi tidak maju. Macam Indonesia. Orangnya Indonesia tetapi berotak dan berjiwa Belanda. Buat sedikit untuk negara, yang banyak masuk poketnya. Padahal kalaulah yang ganti Belanda itu otaknya orang Islam, jiwa Islam, Indonesia sudah membangun. Kalau yang ambil alih itu berjiwa Islam, Indonesia sudah jadi syurga. Harta negara banyak. Khazanah negara banyak tetapi tidak dapat dimanafaatkan.

Kenapa? Orang yang pandai-pandai yang menggantikan penjajah itu, otaknya otak Belanda, perasaannya Belanda. Yang masuk poketnya banyak. Sebab itu berebut hendak jadi pemimpin. Bila negara demokrasi siapapun boleh jadi pemimpin. Masing-masing hendak rebut kerusi. Kenapa? Dia suka duit. Jadi wakil rakyat pun cukup untuk kaya. Kalau jadi presiden lagi lah.

Jadi sebab yang keempat mengapa sesuatu bangsa itu tidak maju ialah kerana kepentingan-kpentingan pemimpin yang otaknya otak penjajah dan jiwanya jiwa penjajah, memerah hasil negara itu. Kalau maju pun hanya untuk beberapa kelompok manusia saja, tapi rakyat lain terbiar.

5.Ideologi 
Kita boleh lihat, mana-mana negara yang menganut ideologi komunis, negaranya tidak maju. Bukan mereka tidak boleh berbuat tetapi itu disengajakan. Buktinya Rusia yang kekuatannya boleh cabar Amerika. Mereka hebat dibidang senjata tetapi kemajuan yang ada hubungan dengan rakyat, tidak ada. Rakyatnya hidup susah. Itu ertinya bukan mereka tidak boleh buat sebab terbukti disudut senjata, dia boleh cabar Amerika. Begitu juga kapal perangnya. Kemampuan sains dan teknologinya boleh cabar Amerika tetapi untuk rakyat, tidak ada kemajuan. Kerana begitu kehendak ajaran Komunis. Kerajaan tidak mahu rakyatnya itu bermewah-mewahan.

Jadi sebab kelima mundurnya satu bangsa adalah ditentukan oleh ajaran ideologi.

Begitu juga dengan China Komunis. Sangat mundur. Sedangkan di bidang senjata boleh lawan Amerika tetapi rakyat masih pakai cangkul di bendang. Cuba ke negara China. Bendangnya melaut luasnya tetapi mereka masih pakai cangkul. Bukan mereka tidak pandai tetapi kerana dasar negaranya berfahaman komunis. Jadi ideologi juga boleh menghalang kemajuan sesuatu bangsa.

6.Sentiasa berperang
Apabila satu negara itu tidak habis-hais berperang maka ia tidak boleh membangun. Contohnya seperti Afghanistan dan Iraq. Akibat perang, hendak membangun pun tidak boleh. Takkan boleh buat pembangunan dan kemajuan yang baru.

7. Tidak ada perpaduan
Walaupun sesebuah negara itu tidak berperang tetapi kerana tidak ada perpaduan maka tidak boleh membuat kemajuan. Rakyatnya hidup sendiri-sendiri. Sedangkan kemajuan bangsa tidak boleh dibangunkan kecuali kalau ada kerjasama. Mesti ada rasa bersama. Bertolong bantu. Kalau bangsa itu hidup nafsi-nafsi, tidak boleh maju. Kemajuan yang canggih tidak boleh dibuat. Hanya ala kadar sahaja.

8.Terlalu banyak jenayah di dalam negara
Walaupun tidak berperang tetapi apabila jenayah terlalu banyak dalam negara maka susah untuk maju. Ramai orang jahat. Sekejap merompak, sekejap membunuh, sekejap kidnap. Ini juga mengganggu untuk membangun. Penjenayah-penjenayah ini mencari makan di projek-projek pembangunan itu. Kadang-kadang dia ambil pekerjanya. Kadang-kadang dia kidnap taukenya. Padahal tidak perang tetapi jenayah menjadi penghalang satu bangsa untuk maju.

Itulah 8 sebab terbesar mngapa manusia tidak boleh maju sedangkan fitrah manusia sama. Kalau fitrah itu tidak disekat, tidak ada halangan dan tidak ada cabaran, maka semua manusia boleh membangun. Tetapi 8 halangan ini membuatkan semua bangsa-bangsa di dunia tidak seimbang. Ada yang maju dan ada yg mundur. Yang lain-lain itu hanya tambahan. 8 perkara ini sangat menghalang.

Sebagai penyelamat, kalau orang bukan Islam tanya mengapa bangsa tertentu tidak maju? Takkan hendak jawab dengan hukum halal haram. Takkan hendak jawab dengan Quran hadis. Perlu dijawab dengan ilmu dunia. Supaya keyakinan orang tebal. Bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun yakin. Kalau orang Islam tidak yakin, ia mengganggu juga perjuangan kita. Perjuangan yang dilagangkan secara politik atau militan sangat lemah terutama dalam hal-hal ilmu dunia. Setiap pejuang kebenaran, semestinya memiliki ilmu dunia dan akhirat.

Cuba imbas kembali sejarah orang yang terdahulu dari kita disekitar tahun 50an dan 60an, guru-guru agamanya sangat alim. Bukan macam sekarang. Ketika itu, walau pun jika ditanya hal-hal dunia, mereka tidak boleh jawab. Begitu juga bila mereka berhadapan dengan orang besar, tidak boleh bercakap kecuali tentang halal haram. Ketika itu tidak semua orang berfikiran begini. Kebanyakan orang seronok dengan cara itu. Ketika itu ada sesetengah orang alim bercakap, “Tengok Tuhan tipu orang bukan Islam. Kita hendak makan sayur, Cina tanamkan. Kita hendak naik kapalterbang, Amerika buatkan.” Akhirnya orang bukan Islam yang menguasai kuasai tampuk ekonomi Malaysia.

Inilah antara hujah-hujah, perlunya seorang pejuang mengetahui ilmu dunia dan tahu cara untuk menggunakannya. Ilmu-ilmu seperti ini tidak ada didalam kitab-kitab. Tetapi Al Quran dan Hadis ada menyarankan agar kita berfikir akan hal-hal seperti ini.

Kredit:Harry Lord



Sumber: -RAD- The Patriots

No comments: