Saturday, February 15, 2014

MALAYSIA NEGARA ISLAM PALING AMAN DI DUNIA


MALAYSIA NEGARA ISLAM PALING AMAN DI DUNIA 

Mereka sering membanding-bandingkan Malaysia dengan negara lain bilamana berlakunya kes jenayah di Malaysia. Katanya Kerajaan harus mencontohi beberapa buah negara, di mana mereka lebih aman daripada di Malaysia. Kata mereka, lihat negara seperti Arab Saudi, lihat mereka.

Malaysiaku tidak aman lagi... sekarang lihat. Negara Arab Saudi yang menjalankan hudud pun tidak mampu memotong Malaysia dalam ranking negara-negara paling aman di dunia.

Terus, kalian asyik menyalahkan bahawa kerajaan ini dan itu di atas kes jenayah yang berlaku di Malaysia. Jenayah berlaku di mana-mana... Alhamdulilah... Malaysiaku lebih aman dari negara-negara yang kalian bangkitkan.




Lihat Arab Saudi, menduduki ranking ke 97 daripada negara-negara aman di dunia.

Bahkan, Malaysia antara negara Islam yang paling aman di dunia, ketinggalan di belakang Qatar. Masihkah kalian tidak bersykur?

Saya juga ingin mengajak kalian berfikir, kenapa hudud di Arab Saudi dan negara-negara Islam yang menjalankan hudud tidak berjaya?

Apakah benar mereka menjalankan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam? Atau mereka terburu-buru?

Terus, kenapa kita nak mencontohi cara yang digunakan oleh negara yang gagal dalam melaksanakan hukum tuhan dengan baik? Bukankah telah jatuh fitnah ke atas hudud?

Justeru, cadangan saya agar diperhalusi segala-galanya dalam melaksanakan hukum hudud dan hukum tuhan yang lain. Kita tidka mahu jadi seperti negara-negara Islam yang lain. Yang hanya indah khabar dari rupa.




Sumber : The Patriots

No comments: