Monday, August 31, 2009

Nuzul Al-Quran

Ramadhan Yang dilalui kali ini nmpknya penuh dengan catatan catatan peristiwa besar yang berlaku ,disamping memenuhi tuntutan wajib berpuasa,Umat Islam di Malaysia juga menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yg ke 52,dimana slogan kali ini adalah Satu Malaysia,satu ideologi gagasan corak kehidupan yg cuba diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia yg penuh dengan Skandal Kehidupan.Sebenarnya bukan hari kemerdekaan yang ingin di mengertikan kpd para pembaca blog ini,kerana kita semua memahami apa ituMerdeka,satu ungkapan keramat yang dilalui bagi menandakan Negara yg kita duduki ini bebas dari sebarang penjajahan berbentuk Takbir Urus Negara ,Tapi Malangnya dari segi pemikiran minda dan corak kehidupan tiada apa yang boleh ditaksirkan sudah bebas sepenuhnya dari pengaruh Luar,Selain itu juga umat Islam juga akan menyambut hari Nuzul Al - Quran pada setiap tanggal 17 Ramadhan,tahukah dari setiap dari kita apa itu Nuzul Al Quran dan Kerana Apa ia per;u diingati?dari pemahaman dan bacaan diri yang kerdil ini terdapat beberapa individu - indvidu yg bergelar ahli agama menyatakan Nuzul Al-Quran jatuh pada sepuluh malam yang terakhir bukan 17 Ramadhan.apa-apapun sila baca keterangan dibawah yang dipetik dari 2 buah web yang diri ini tidak igat akan Pautanya

NUZUL AL-QURAN
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan
Nuzul Al-Quran.Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Peristiwa
nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi
Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41). Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Benarkah Nuzul Al-Qur’an itu pada 17 Ramadhan seperti yang disambut oleh Masyarakat Melayu ?

Jawapan :
Jawapan ana ialah tidak benar kerana hal ini bahkan bertentangan dengan banyak riwayat yang sahih dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri menyebut secara jelas bahawa turunnya Al-Qur’an itu ialah pada malam al-Qadr dan hal ini bertepatan dengan riwayat yang sahih yang mengatakan berlakunya Al-Qadar (
lailatul qadar ) itu pada sepuluh malam yang terakhir bukan 17 Ramadhan.“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an pertunjuk kepada manusia..” (Al-Baqarah : 185).“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an itu pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1).Demikianlah hal yang berlaku dalam masyarakat Melayu iaitu asyik nak menyambut sahaja apa-apa pun macam orang Hindu sahaja tanpa tahu asal usul dan hal sebenar.Ini kerana dalam masalah nuzul al-qur’an ianya tidak dapat dipastikan bilakah diturunkan Al-Qur’an itu secara tarikh tepat iaitu pada hari ke berapa dan malam apakah baik 17 apakah 18 dan apakah malam 19 Ramadhan.Diriwayatkan rasulullah pernah bersabda : “ Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat…dan diturunkan Al-Qur’an pada malam 24 Ramadhan” (hadith ini hasan riwayat Ahmad dan Ibn Abi Hatim dan Ibn Jarir dengan rijalnya rijal yang siqah kecuali Imran al-Qathan dan dianya soduq waham dan punyai syahid dari hadith Ibn Abbas yang marfu’ .Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan Abi Hatim dan juga Baihaqi dan lain-lain mengenai soalan Athiyah ibn Aswad kepada Ibn Abbas ra berkenaan penurunan Al-Qur’an yang disebut berlaku pada malam lailatul qadar dalam Bulan ramadhan maka dijawab oleh Ibn Abbas ra dengan mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan sekaligus pada malamlailatul qadar dalam bulan Ramadhan dan juga dalam riwayat lain Ibn Abbas mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan secara jumlah keseluruhannya pada malam 24 Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia dan kemudiannya Jibrail as menurunkannya kepada rasulullah sedikit demi sedikit (Sahih riwayat Tibrani no. 12243 dan Disahihkan oleh Hakim dan disepakati Adz-zahabi, Baihaqi dan Ibn Jarir).Secara sahih penurunan Al-Qur’an sekaligus keseluruhannya berlaku pada malam dalam bulan Ramadhan dan hal itu jelas disepakati namun apakah itu yang berlakunya penurunan Al-Qur’an tersebut dari sisi Allah ke langit dunia di Baitul Izzah ialah pada malam ke 17 Ramadhan maka ini tiada dalil yang jelas dan lain-lain waktu seperti yang mengatakan pada malam sekian dan sekian kerana lailatul Qadar itu berbeza-beza pada setiap tahun menurut kehendak Allah dan juga pada lailatul Qadar yang mana satukah berlakunya penurunan Al-Qur’an itu pun hanya diketahui oleh Allah swt.Adapun riwayat yang mengatakan ianya pada 17 Ramadhan seperti yang disebut oleh riwayat Ibn Mas’ud ra maka sesungguhnya riwayat ini ialah dhaif (lihat dalam Sunan Abi Daud no. 1384).Juga disebut dalam kitab Hidayatul Mustanir pada Takhrij hadith-hadith dalam Tafsir Ibn Katsir ra maka pengarangnya sendiri memberi peringatan bahawa semua hadith yang mengatakan lailatul qadar itu terjadi pada awal dan pada 17 atau 19 Ramadhan maka sesungguhnya ianya ialah dhaif dan tiada sabit dari rasulullah.“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).Kesimpulannya tidak payahlah menyambut sesuatu yang tidak pasti kerana ianya bukan perkara yang disuruh sebaliknya mengamalkan isi Al-Qur’an itulah yang diperintahkan dan disuruh bukannya mengadakan bid’ah dan kekarutan dan kecabulan dari kejahilan.Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) ." Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50" Dan apa-apa yang diperintahkan (ditinggalkan ) oleh rasul maka ambillah (taatlah) dan apa-apa yang ditegahnya maka tinggalkanlah" (Al-Hasyr: 7).


p/s :

Bid’ah dan kejahilan banyak berpunca dari golongan sufi, pernah ada satu cerita tentang seorang sufi yang menyimpan tanah kubur seorang wali Allah yang diambilnya semasa melawat India. Lalu ditanya kepada beliau : Siapakah wali Allah ini ? Jawabnya : Wali Allah ini aku tidak tahu siapa namanya tapi aku mendengar dia ialah wali Allah. Lalu ditanya : Di manakah tanah ini engkau ambil ? Jawabnya : dari sebuah tanah perkuburan di India, aku tidak tahu yang mana satu kuburnya secara pasti jadi aku ambil tanah ini dari sebuah perkuburan dan aku “anggap” sebagai tanah kubur si Wali Allah.Juga perbuatan mereka yang melawati gua perkuburan ashabul kahfi dan mengambil berkat dari batu dan tanah sekitarnya dan apabila ditanya di manakah kamu ambil maka dijawab di Jordan sedangkan gua ashabul kahfi ini tidak diketahui apakah yang di Jordan, di Syiria dan di lain-lain tempat kerana tiada dalil.Demikianlah sangkaan manusia…


Petikan Artikel dari http://jokerkolo23.blogspot.com

No comments: