Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar
Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah
S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir
yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T
kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah
jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat
tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan
doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam
keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil
berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut
riwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:
‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan
solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang
menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah
mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada
syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu
menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi
yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan
tersebut.
Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.
pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke
Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun
bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas
adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan
mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah
buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah
memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah
S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan
dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya
berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas
majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di
atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah. saya
memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi
ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam
satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah
S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil
berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri
sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari).
No comments:
Post a Comment