TAMAR JALIS
SIRI BERCEAKAP DENGAN JIN
JILID 1
kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.
"Apa
hajat?", terdengar suara parau.
"Minta
tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.
"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"
"Saya
minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”
”Kau dan
aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat
baik"
"Maksud
tuan hamba?"
"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama‐sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk" ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu
berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.
Setelah
menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat.
Saya
membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.
Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab‐kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum‐hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.
Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut.
Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.
Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu‐kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu‐kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.
Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu‐kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi
Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja‐kerja melombong bijih timah.
"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Sayang,
itu rumah pusaka"
"Kalau
begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati‐hati jangan membuat kerja
yang tak baik.
Tiap‐tiap malam Jumaat panggil orang‐orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"
"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.
Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru‐guru pelatih perempuan yang gagaI ke
Maktab
Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh
masyarakat
setempat sebagai pusat latihan guru‐guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.
Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru‐guru pelatih perempuan yang tinggal di situ.
Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang
Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.
Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira‐kira 60 km dari London.
Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok
Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh‐Kuala Kangsar).
Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari‐hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali.
Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat‐ubat dari akar kayu, ternyata ubat‐ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu‐cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.
"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang.
"Itu
dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.
Datuk ketawa terkekeh. Secara terang‐terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.
"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk.
Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah‐dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara‐cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.
"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap‐tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.
Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira‐kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.
"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.
"Sekarang
kita pergi Tok?"
"Tentulah,
pergi bersiap”, ujarnya.
Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira‐kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar‐mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk.
Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.
Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.
"Kaubina
rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.
"Malas
nak pindah"
"Kalau
begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.
Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua‐dua biji mata kawannya lama‐lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.
"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah‐merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.
"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja‐kerja menolong orang bukan?"
"Aku
tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah
menolak."
"Salah
dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.
Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi‐mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.
"Jadi
apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara
menurun.
Wajah
kawannya itu direnungnya tepat‐tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi
dihadapannya.
"Kau
aku harapkan menolong dalam hal ini"
"Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.
"Biar
aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu datuk
pada kawannya.
Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja‐kerja yang bertentangan hukum agama.
"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”, pendek saja datuk memberi tahu saya.
Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja‐kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.
"Orang
perempuan atau lelaki tok?"
"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri”, beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya.
Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.
"Kau
ikut aku ke sana"
Ungkapan dari datuk itu amat
menggembirakan hati saya.
No comments:
Post a Comment