Monday, June 9, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EP17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH

“Jadi sekarang bagaimana?” tanya datuk.

 “Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa‐apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembagahitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini,” secara jujur Bah Lanjutmenyuarakan hasrat hatinya.

 Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji puncapenyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring.


Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badandengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalaudatuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.

 “Bangun,” sergah datuk pada saya. Kelam‐kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahubertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya.

 “Bawa damar,” ujar datuk.

 Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip‐kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya.

 “Datuk,” jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat‐cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu.

 Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam.  Datuk terus bersilat. 

Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok‐pokok kecil di sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk. Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.

 Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.

 Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak ‐ombak menahan penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.

 Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.

 Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya ke‐napa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.

 Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya me‐mulakan perjalanan ke rumahorang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah Kuntum.

 “Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka,” suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul tibatiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam‐macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.

 Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk meneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.

 Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demi‐kian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.

 Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak.

 Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba‐tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.

 “Berikan aku damar,” datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan hati‐hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.

 Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,mata saya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura‐pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura‐pura berdengkur.

 Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara “Heh … heh heh … heh … hum”.

 Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ketempat tidur. Saya dan datuk menggolek‐golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.Lembaga hitam meletakan

 Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi‐tubi. Kuntum mengerang kepuasan. Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.

 “Kau pergi kesana, jangan lihat,” ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura‐pura tidur lagi. Saya buka mata.

 Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kun‐tum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing‐masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang.

 Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mem‐pertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.

 Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah pecah.

Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat. Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.

 Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.

 Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat‐kuat. Saya lihat dari celah‐‐celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.

 Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.

Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang‐layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga.

Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.

 “Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum,” kata datuk.

 Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas.

 Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.

 Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.

Kami terus berjalan sambil memotong anak‐anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul‐betul di hadapan sebuah gua.

 Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan or‐ang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.

 Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

 Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

 “Itu cara kebetulan saja tok batin,” kata datuk.

 “Kita tak percaya, awak memang handal.”

 “Terpulanglah pada tok batin sendiri,” jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.

 Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.

 “Ke mana?” balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam.

 Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan.

 “Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap,” jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.

 Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri. Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.

 “Kita masuk,” kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.

 “Ini kerja mati,” Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, “Kau jangan banyak kere‐nah,” cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mem‐punyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

 “Sediakan mancis,” datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya.

 Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka‐wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.

 “Kita berada betul‐betul di tengah antara dua gunung,” beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.

 Tiba‐tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan‐Iahan pada akar‐akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

 “Pedulikan,” kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah‐celah batu besar.

Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang. Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun‐daun kayu yang di bawanya. Gerak‐geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan‐dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira‐kira lapan kaki.

Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga‐tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.

 Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat ‐cepat datuk mengelak.

 “lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini,” kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

 “Apa yang harus kita buat,” datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

 “Kita halau saja dari sini,” jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal.

Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh‐puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

 “Dia akan meninggalkan tempat ini terus,” datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

 “Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam,” sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

 Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja‐Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat‐‐ayat al Quran.

 Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Is‐lam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam.

No comments: