TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang
Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan
itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa
lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk
datuk.
Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan
ilmu yang dituntut itu tidak bercanggah dengan hukum‐hukum Allah. Bagi tujuan
itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di
perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya bertambah
lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu ayam hutan
dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam, beras disediakan oleh Bah
Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.
.
Di luar hujan turun mencurah‐curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah.
Cahaya kilat yang masuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan
saya. Bila bunyi hujan beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin yang
cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan. Api pelita melintukliuk
mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam,
Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekelilingi badan pelita.
Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi
mendapatkan cahaya dari pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus.
Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting dan dedahan pokok hutan.
Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali‐sekala terdengar lolongan anjing hutan sayup‐sayup.
Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang
bertali tembaga di hujung lututnya.
Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau
cukup nyaring bersama tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut
perkenalkannya dengan pemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut
Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa
yang di alami oleh pemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya.
“Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina,” nada suara Bah
Lanjut penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa
tersebut.
“Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain,” ujur datuk
sambil melagakan gigi bawah.
Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut
bertemu dengan dinding pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan
Jelutung.
“Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong
orang,” keluh Bah Lanjut.
“Ilmu kita pun begitu juga,” tingkah datuk.
Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya
resah dengan kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat
nyamuk yang berterbangan itu menuju ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua
belah tapak tangannya. Nyamuk‐nyamuk jatuh atas tapak tanganya.
“Pulanglah,jangan kacau kami,” kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan
segera terbang menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar. Bunyi suara
cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya
menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.
“Mahu awak menuntut ilmu pengasih?” kelopak mata saya terasa ringan,
mata saya bersinar merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya,
kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga.
“Caranya?” soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang
mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan
dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya,
bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak
dara yang
wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil
untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.
Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan,
walaupun tidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati.
Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang
dikunyahnya.
“Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu‐ilmu lain,” ujur datuk
secara tidak langsung membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya
mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yang
bergolak dalam dada saya.
“Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak,” Bah Lanjut mengemukakan
cadangan. Lagi sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.
“Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar,”
datuk menepis cakap Bah Lanjut.
“Kita disuruh berusaha.”
“Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak
buruk baiknya, terutama kalau terlepas ketangan orang muda.”
“Tujuannya baik ”
“Memang tujuannya baik, tujuan
baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang banyak di lakukan,
ilmu tu banyak penggodanya.”
“Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit
dan guna mencari ibu minyaknya.”
“Terima kasih sajalah tok batin,” suara datuk merendah.
Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu
dan jampuk bersahut‐sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi
orang berjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut.
Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur
ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya.
Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai.
Di muka pintu, terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu
berbulu, lubang hidungnya cukup luas.
Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya
amati lembaga itu lama‐lama. Bentuknya
macam seekor monyet besar. Tiba‐tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai
menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk
yang tersangkut dekat dinding.
Dengan mendadak saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang
berdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara
beruang jantan tercium buah kelubi.
Lembaga itu menggawang‐gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan.
Kemudian lengannya yang berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam
itu menjerit dengan sekuat hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding
yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca.
Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga
patah. Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu. Datuk, saya
dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang membakar
kain pelikat datuk dipadamkan.
“Apa bendanya tu tok batin?” soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam.
Dia merenung liar ke kiri dan ke kanan.
“lnilah masalah yang kami hadapi sekarang,” bisik Bah Lanjut pada datuk.
Datuk angguk kepala. Macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri.
Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu dating lagi.
“Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?” Bah Lanjut menyuarakan
hasrat hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut
nampak resah. Sesekali dia membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.
“Benda tu, cuma takut pada api saja,” sambung Bah Lanjut dengan rasa
kesal. Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki
lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumah
mereka.
Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke
hilir dalam ruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah
dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik ‐ nakik kayu bendul dengan
parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut.
Dari gerak‐geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang
asli itu di amok rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah
Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung.
“Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama
anak‐anak dara,” Bah Lanjut mengeluh.
“Sebab?”
“Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya
di kampung bukit sebelah mati kerananya.”
“Dahsyat tu.”
“Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun
saya handal tetapi dalam hal ni, saya mengaku kalah,” Bah Lanjut mengakui
kelemahan yang terdapat pada dirinya.
Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah
Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada
saya.
“Selimut badan kau, sejuk ni,” ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut
terns mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu
dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejam
rapat.
Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar
itu menari‐nari dalam kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu
datang, lalu membawa saya ke tempatnya?
Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya
akan dibahamnya?
Semuanya berlegar‐Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap
dengan Bah Lanjut. Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai
buluh tetap berbunyi kiuk‐kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut‐turut
kali,saya terasa seronok,macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa
penciptanya.
Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali
masuk ke dalam perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya
memberkas lembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya
menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan meranti condong. Menurut Bah
Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung
hantu atau salakan anjing hutan.
Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya,” datuk memberi satu
keputusan yang muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.
“Sampai ke mana?” soal Bah Lanjut.
“Sehingga mana yang boleh kita cari,” batas datuk . Bah Lanjut
anggukkan kepala. Mereka terus bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak
mampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila
saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.
Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh
datuk tidur. Saya kira dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi
itu, sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi di
perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di puncak
banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau
burung hutan dan ayam hutan bersahut‐sahutan.
Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas.
Bila matahari sudah meninggi, sayup‐sayup terdengar bunyi suara jentera dan
pekerja hidro‐elektrik dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.
“Apa benda tu tok?” tanya saya.
“Dia orang tebuk bukit buat terowong air,” begitulah datuk memberi penjelasan.
Saya melihat ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke
udara.
Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui
datuk. Dia mengajak datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke
pondok malam tadi.
“Boleh, nanti saya tukar pakaian,” jawab datuk.
Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia
memakai seluar pendek kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di
pinggang. Sumpit panjangnya tersandang di
belakang.
Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar
pondok. Saya terjumpa kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah,
mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu datuk dan Bah Lanjut.
“Memang inilah tapak kakinya,” kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di
kelilingi tapak kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu
dari muka tanah.
“Inilah bulunya,” pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.
Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari
tapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras
itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datuk
menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut.
Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang
sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju
ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah
kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu.
Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan
oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.
Matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak
kaki lembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat
keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut
mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut
juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap
atau mengusir lembaga hitam itu.
Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan
topi putih berbucu depan belakang, seakan‐akan bentuk topi keledar menanti
kami. Mereka bercakap sesama sendiri.
“Apa halnya ni,” tanya Bah Lanjut. Kelima‐lima pemuda itu diam.
Mata mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang
daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.
“Awak orang asli atau orang Melayu?” tanyanya dengan berbisik pada
saya. Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan
saya dan datuk dengan orang asli.
“Saya orang Melayu,” jawab saya.
“Itu datuk saya,” muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.
Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .
“Saya Zamri,” katanya pada datuk .
“Awak orang mana?”
“Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini.”
Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu
mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut
berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah
seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.
Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal
dari Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik
di situ.
“Apa halnya?” tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba‐raba
batang hidungnya.
“Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas,” katanya.
Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja‐pekerja di situ
memang selalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.
“Kenapa tak bawa jumpa doktor?” datuk menghadapkan pertanyaan itu pada
Zamri. Bah Lanjut menggosok‐gosok ulu parang kontotnya.
“Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke
Hospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta.
“Dia mana kawan awak tu?” saya pula bertanya.
“Ada dekat setor, menanti kereta.”
Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut
mengajak kelima‐lima pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk
ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya
saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor.
diikat itu.
Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.
(pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.
Tidak sampai dua puluh minit, barang‐barang yang dikehendaki oleh Bah
Lanjut itu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat
lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan
barang‐barang yang di kehendaki di sekeliling pangkin.
No comments:
Post a Comment