SBDJ (JILID 1) : EP22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA
kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh.
Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tibatiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.
“Anak saya
Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.
“Kenapa?”,
soal datuk.
“Berjalan
dan menari sendirian”
“Allah”,
keluh datuk.
Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali.
Hujan kian menjadi ‐jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing beratus‐ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku‐buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.
Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh‐peluh halus membintit di kening. Seolah‐olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum.
“Norlin, Norlin emak ada di sini”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
“Usir dia,
halau dia. Jangan beri dia masuk!” jeritnya sekuat hati.
“Siapa dia nak? Cakap dengan saya”, rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.
Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.
"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk dengan nada suara yang cukup lembut.
"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus menghentak‐hentakkan kaki ke lantai sambil meronta‐ronta. Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus di buatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:
"Apa
yang dah jadi Norlin?"
"Saya takut makcik", suara Norlin terketar‐ketar. Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat‐ayat suci, tiba‐tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.
"Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya:
"Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing‐pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk.
"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya", tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus menyambung:
"Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan. Isteri Pak Ayub Naim secara tiba‐tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.
"Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi korban", nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.
"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
"Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.
"Baik",
tiba‐tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.
Sepuluh
minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk
putih.
"Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih.
"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena.
Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.
"Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya”, ujar datuk.
"Saya
faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja.
"Mencuba
apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.
Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin. Menurut datuk Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik Norlin.
"Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.
”Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul‐betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.
Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin. Tiba‐tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin. Mulut datuk terus terkumat‐kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk‐anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.
Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan.
"Jangan”
"Kenapa?"
"Barangkali dia mahu menguji kita"
"Apa
yang patut kita lakukan?"
"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia.
Gegarannya menjatuhkan botol‐botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah‐olah berada di dunia lain. Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.
"Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk. Datuk pun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:
"Memang
ada yang mengacaunya."
"Siapa?
Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?"
Nampak
benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang
rumit itu.
Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan.
"Saya
tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri."
"Tengok
sendiri? Apa saya seorang sajakah?"
"Tidak.
Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari datuk itu,
Tok Kaya Sendi
Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya.
"Ada
apa tok?"
"Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.
"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain‐lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.
Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya. Tiga kuntum buang yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah bertambah suram.
Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.
Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut‐turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan‐lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam oleh datuk.
"'Begini
Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk.
"Bila?",
soal saya tidak sabar.
"Malam ini, kira‐kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.
"Dimana?"
"Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba‐tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.
"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”, datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.
"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Silakan."
"Tapi
jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."
"Mesti”,
datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.
Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.
"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan. Pak Ayub Naim tersenyum.
"Tanah
ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."
"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu.
Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.
Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar
warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh‐tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata.
"Siapa yang tanam pokok‐pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.
"Arwah
ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat,
waktu bulan penuh."
"Buat
apa dia ke sini?"
"Itu
saya kurang periksa pula."
Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya.
Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing? Apakah pokok‐pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu.
Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.
Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja.
Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.
"Kenapa?"
"Saya
mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim"
"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa
cucu kami Ayub?"
No comments:
Post a Comment