Wednesday, June 11, 2025

LANGSUIR POKOK KETAPANG

 


LANGSUIR POKOK KETAPANG

Lokasi: Sebuah kampung di Kuala Selangor. Tahun: 2018

 Kisah ini bermula bila Rafiq, seorang juruteknik Tenaga Nasional, dihantar membaiki gangguan elektrik di sebuah rumah kosong di penghujung Kampung Parit 12. Rumah tu dah lama terbiar, tapi lampu tiba-tiba menyala sendiri setiap malam jam 2 pagi.

Penduduk kampung kata:

“Rumah tu dulu rumah bidan. Tapi dia bunuh diri… lepas anak yang dia lahirkan lahir tak cukup sifat.”

“Dia gantung diri dekat pokok ketapang depan rumah tu. Sejak tu, tak ada siapa berani lalu situ malam-malam.”


 Rafiq tak percaya benda karut. Dia pergi sorang-sorang, malam tu juga — sebab siang terlalu sibuk. Sampai je sana, dia perasan lampu luar rumah menyala dan padam berulang kali, macam ada yang sengaja main suis.

Dan di bawah pokok ketapang besar di hadapan rumah, dia nampak seorang wanita berkebaya putih duduk membelakanginya. Rambut panjangnya meleret ke tanah.

"Kak? Rumah ni tak ada orang dah lama…" tegur Rafiq perlahan.

Wanita tu angkat tangan perlahan dan tunjuk ke atas. Rafiq toleh  ada tubuh tergantung di dahan atas.

 Dia lari masuk rumah. Tapi bila pintu tertutup, dia tak dapat buka lagi.

Dinding rumah berlumur kesan tapak tangan berdarah, dan suara bayi menangis bergema dari bilik belakang. Rafiq gagahkan diri buka bilik tu , kosong. Tapi cermin di dinding retak sendiri, dan dari dalamnya… Muncul wajah wanita berkebaya tadi, menangis darah, dan berkata:

"Anak aku tak cukup roh. Tapi kalau kau tinggal roh kau… aku boleh hidup semula."

 Rafiq pengsan.

 Keesokan pagi, penduduk kampung jumpa Rafiq terikat di pokok ketapang, dengan mata terbuka luas. Masih hidup — tapi bisu sepenuhnya. Dia tak pernah bercakap sejak hari tu.

 Ada orang kampung kata, setiap kali malam Jumaat Kliwon, lampu rumah lama tu menyala sendiri.

Dan jika ada yang berani datang dekat,
akan terdengar suara perlahan dari pokok ketapang:

"Roh kau cukup untuk anak aku…"

 


No comments: