TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
“Pukaunya sudah menjadi,” bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya.Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar‐samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang matidibunuh, ketika hujan panas.
Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama adaorang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harusmelalui beberapa ujian yang tertentu.
Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya.
Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang‐orang yang tahu dengan kerja‐kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut.
“Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam‐macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukupberkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu‐‐ilmu pukau yang lain”, begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.
“Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah,” kata datuk dengan nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati‐hati.
Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki‐kaki pukau memijak lantai rumahnya .
“Kau tidurlah, kami tak ganggu kau”, cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.
“Bukan di situ, tempat kau dibilik”, mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil teng‐korak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata:
“Mulakan.
Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah.”
Habis saja ketua pukau berkata‐kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang‐barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang-barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang‐barang kemas dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.
“Dah
selesai?” tanyanya pada anak buah.
“Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua”, ketua pukau membe‐ritahu anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.
“Apakah yang mesti kita buat sekarang tok”, saya menyoal datuk bila me‐lihat ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.
“Biarlah
mereka pergi”, pendek saja datuk memberikan jawapan.
Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ran‐ting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua benda‐benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.
Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatahpatahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api.
Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya.
“Aku harap orang‐orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok,” kata datuk dengan nada suara yang tenang. Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung.
Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang‐barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.
Secara terang‐terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.
“Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?”, tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.
“Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu.”
“Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?”Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang. Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.
“Buat apa?”
“Untuk
melihat ketua pukau”
Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak di‐tangkap. Fikir Din Kerani.
“Benar atau
berjenaka?”, Din Kerani meminta kepastian.
“Benar”,
jawab datuk dengan tegas.
Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua pukau yang diharapkan itu ti‐dak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tu‐gas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.
“Orang ini benar‐benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa,” keluh datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab.
Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk sembah‐yang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama‐sama orang kampung di surau. Di surau orang‐orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi.
Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.
Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang‐orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula‐mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu ber‐tindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang‐‐orang kampung dengan baik dan peramah.
Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira‐kira pukul satu malam.
Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan me‐neruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal.
Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut.
Datuk berdiri tegak menghadapi benda‐benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al‐Iqra’ hingga tamat.
Lepas itu dia membaca Al‐Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba‐tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul dengan tiba‐tiba di dahi luasnya.
“Orang ini
mencabar aku”, kata datuk pada saya.
Cepat‐cepat datuk membuka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia mengeluarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satusatunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh.
“Besinya dikutip dari besi‐besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh”, kata datuk pada saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus‐ratus tentera Belanda.
Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya.
Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merah‐siakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah‐merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf‐‐huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.
“Kau memang mahu menghancurkan aku”, tiba‐tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
“Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku”, lelaki itu bersuara lemah.
Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah. Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang samasama datang dari Jambi.
Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.
“Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau”, kata datuk sambil membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.
“Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah”, beritahu lelaki itu. Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk.
Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai – Kulub Mohd Diah. Dan orang‐orang kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar. Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.
“Engkau
boleh memberi ketenangan pada roh aku”
“Maksud
kau?”
“Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman.”
“Kenapa kau
memanjangkan ajaran syaitan?”
“Itulah
silapnya aku.”
“Kau tahu
hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar.”
“Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah‐rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya.”
“Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Ke‐napa kau menyempitkan ajaran Islam?”
“Aku tahu..”, belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang.
“Ke mana
tok?”
“Ke surau.”
Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau.
“Hei kalau kau benar‐benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?”, cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar‐samar cahaya bulan malam itu.
“Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta,” ketua pukau terus mengugut.
Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga‐tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak‐gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.
“Kenapa
bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?”, datuk terus menyergah ketua
pukau.
Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan‐akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.
Ketua pukau angkat senjata, tiba‐tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak.
Dengan tiba‐tiba golok perak itu patah dua. Ba‐hagian atas yang patah jatuh betul‐betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas.
“Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan boleh ke mana‐mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal”, datuk memberitahu ketua pukau.
Dengan mendadak saja ketiga‐tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga‐tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.
“Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan bertaubat”, kata datuk.
“Tapi kami
mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta‐bendanya. Jangan hukum
kami.”
“Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil”
“Kami bertaubat”
No comments:
Post a Comment