TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADISManakala
pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya. Pucuk
langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh
saya dan datuk serta
kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin
sambil berpesan
jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.
Muka Zamri
dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk
ular itu tidak pulih
dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan
ketua mereka akan
memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut
duduk mencangkung di depan pangkin.
Dia bercakap
dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia
mengambil sehelai
daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu
cukup nyaring dan sakit
gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa
berhenti‐henti. Peluh di dahi dan di
belakang mula keluar. Tiba‐tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar dari
hutan kecil di belakang
kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu
berpatah balik kedalam
hutan.
Bah Lanjut
terus meniup daun tanpa berhenti‐henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda
malang itu,sudah pun
di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat
belakang Bah Lanjut
yang meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak
itu dengan beranika
rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di
situ.
Dada saya
berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular‐ular terus berkeliaran keluar dan
masuk ke dalam hutan
belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar‐benar jadi tunggul buruk. Saya jeling
kemuka daluk.
Saya lihat
wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus
meniup daun, ular yang begitu
banyak di tanah lapang beransur kurang.
Kawan Zamri
yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam beberapa
saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk
kembali, dia terus meniup daun
dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap
keluar dari hutan di
belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti
betul‐betul di depan Bah
Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut.
Kepala Bah
Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu mematuk leher
atau kepala Bah Lanjut.
Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya atas
tanah seketika, kemudian
panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali
berturut.Nada tiupan dari Bah Lanjut
beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang
agak sayu sedikit.
Ular hitam
di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya
di atas tubuh kawan
Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul‐betul di bahagian dada
kawan Zamri yang
malang.
Ular
panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah
Iemah, ular hitam rebahkan
kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.
Saya Iihat
ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lama juga ular
itu mengisap
sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah
Lanjut bertambah
perlahan.
Ular hitam
berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan
sekali. Sebaik
sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak
bergerak Iagi. Bah Lanjut
menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai
dikelapkan bahagian
betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri.
Kawan Zamri di atas
pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke
arahnya.
“Dia dah
sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya,” kata Bah
Lanjut, kawan
Zamri yang
malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu
Tiga PuIuh Dua pun
sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami,
mukanya bengis, dia memaki
Zamri dan kawan‐kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat
lain tanpa
memberitahunya.
Orang
Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah
boleh berdiri serta berjalan ke
arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai
tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya.
“Beri dia
berehat duIu, petang esok saya datang lagi,” kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah
Lanjut mengambil
bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.
“Buat apa?”
tanya duduk penuh ragu.
“Mesti
ditanam,” jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.
“Ilmu
inilah yang mahu saya tuntut dari awak,” datuk menyatakan hasratnya.
“Boleh,
tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu.”
“Saya cuba
tok batin.”
Kami pun
meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang
asli. Sebaiksahaja
sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok.
Bah Lanjut terus pulang ke
rumahnya.
Saya terus masuk
ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya terjaga
dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya
segera mendapatkan
mereka.
“Malam ini,
kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat
Kampung Raja di Tanah
Rata,” datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.
“Di kampung orang darat sana, ada orang sakit
kena sembur lembaga hitam.” Bah Lanjut menerangkan kepada
saya.
“Walaupun
begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang,” terang
Bah Lanjut. Saya angguk
kepala.
Langit di
Batu Enam Belas Jalan Tapah‐Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut
dan datuk terus
berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan
dan ranting kayu ke
dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa
dingin yang menyelimut
tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri,
dirempuh angin malam, lalu
melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas
kepala saya.
“Sudah
dinihari,” keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya mere‐nung tajam ke
arah hutan tebal di sebelah
kanan pondok. Saya terus mencam‐pakkan puntung‐puntung kayu ke dalam unggun,
bilapuntung
kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan
ke udara.
Saya kira
sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup‐sayup di kaki bukit.
Saya lihat datuk
tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir
sambil memaut golok di
pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka.
Tiba‐tiba
saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang
berlaku, bila saya membuka
mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan
datuk pula bertindak
sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga hitam
yang dinantikan
sepanjang malam, tidak juga menjelma.
“Dia
bagaikan tahu kita menantinya,” kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat
fajar subuh bangun di kaki
langit.
“Dia takut
agaknya,” sahut Bah Lanjut.
“Boleh jadi
juga,” balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang
kerumahnya. Saya dan datuk
beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari
mula beransur
cerah.
Waktu datuk
mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang,
sebesar tapak kaki
gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat
jari. Jari sebelah
kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat kesimpulan, itulah
ibu jari kaki
lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang
pokok kecil yang dipatahkan
dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.
“Supaya
jangan hilang bila dicari,” datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum
sambil angguk kepala dua
tiga kali.
Selepas
menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman
pondok. Beberapa
minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.
“Kita kena bertolak pergi ke sana,” katanya.
“Jalan kaki,” sahut Bah Lanjut.
“Susah tu,”
celah saya.
“Tak susah
sebelum matahari condong sampailah kita ke sana.” Bah Lanjut memberikan satu
keyakinan dalam diri
saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman
pondok. Berhenti
betul‐betul di depan kaki tangga pondok.
“Begini tok
batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian.” “Nanti sesat, susah.”
“Tak apa,
syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan itu dengan kain
merah,” datuk
mengemukakan cadangan.
“Cara?”
“Ikat kain
merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang.”
“Baiklah.”
Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok‐pokok
hutan yang tebal
itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat
cukup tangkas Bah Lanjut
bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat
pokok‐pokok yang bergerak
saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut
menjawab laungan dari datuk.
Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar‐ketar.
Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan
beberapa kali.
“Bila kita
bertolak ke Kampung Raja tok?” tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat
sebarang persiapan
untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus
menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya
mencari ranting dan dahan kering.
Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan
ranting kering. Saya tempatkan
di bawah pokok.
“Bila kita
nak pergi,” tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia
kerutkan mukanya.
“Itu urusan
aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana,” nada suara datukmembayangkan
kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan
tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung terus
bersahut‐sahutan.
Saya duduk
termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu.
Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah
lengannya diletakkan
atas kepala lutut.
Mata datuk
merenung ke arah hutan. Tiba‐tiba saya lihat beberapa ekor mo‐nyet melompat
atas dahan sambil
menjerit, monyet‐monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat
seperti dikejar sesuatu.
Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang
berbadan besar.
Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor dari pada
harimau itu ternyata
mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.
Harimau itu
menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya,
salah seekor
daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk
dengan ekornya.
Datuk membiarkan ha‐rimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah
penat, harimau itu
beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi pula,
menerpa ke arah datuk dan
menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang
keras itu berlaga
dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk‐nepuk pangkal leher harimau itu
dengan lemah
lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh
rasa kasih sayang.
“Kau
rindukan aku,” terdengar suara datuk. Harimau menggerak‐gerakkan ekomya.
Manakala harimau yang lagi
seekor berguling‐guling di atas tanah sambil keempat‐empat kakinya menghala ke
langit.
“Aku dan
cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini,” selesai
saja datuk bercakap,
dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Ha‐rimau kaki untut sebelah
kanan, yang tidak untut di
sebelah kiri.
“Pulanglah,”
tambah datuk lagi sambil menepuk‐nepuk belakang harimau.
Kedua ekor
harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal.
Datuk merapati
saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia
akan turun ke sungai
untuk menangkap ikan.
Datuk terus
meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras
dan memasak nasi.
Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa
ikan.
Datuk
mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api.
Semuanya berjalan dengan
baik. Bila matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala, saya dan datuk
terus makan, datuk
berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.
“Sudah
masuk sekarang,” pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, ba‐hawa datuk
menyuruh saya pergi ke
sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai
sembahyang, datuk terus
duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya
sendiri pun tidak tahu.
“Bah Lanjut
sudah sampai ke tempat yang dituju,” datuk memberitahu sa‐ya. Datuk terus naik
ke pondok.
Ambil pakaian dan barang‐barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk
menutup kedua belah mata
saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur
dengan perintah
itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan.
Darah saya
tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau
menjilat‐jilat kedua belah
lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan
harimau.
“Kau
tunggang dia sendirian,” kata Datuk.
“Aku naik
belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau
tak akan melihat
dunia lagi,” sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.
“Saya faham
tok.”
“Faham saja
tak mahu, tapi mesti taat,” tengking datuk.
“Saya taat
datuk”
“Hum …
bagus.”
Saya terasa
harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan‐lahan, kemudian laju dan terus
laju saya terasa
kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak
pasti sama ada harimau
yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya
berfikir‐fikir itu, harimau yang saya naik
berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya.
“Bagus, kau
dah berani sekarang,” serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang
saya dua tiga kali.
Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.
“Kaudah
berani sekarang,” ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih
itu ditaburkannya
atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih, harimau itu
mengaum kecil sambil menggoyang‐goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan
iapun terus masuk
ke dalam hutan tebal lalu hilang.
“Di mana
kita sekarang ni tok?”
“Kita ikut
tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik.” Datuk dan saya pun melangkah
serentak meredah
hutan, melanggar akar dan duri. Sayup‐sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan,
tingkah meningkah
dengan salakan anjing.
Saya yakin,
bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah condong,
kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk.
Datuk dan saya terus
meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit
kecil.
“Berhenti,”
datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah
kiri, saya lihat
pokok‐pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki
muncul di situ.
“Bagaimana
cepat awak sampai,” kata Bah Lanjut kehairanan.
“Kita belum
lagi memacak kain,” tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab
pertanyaan itu. Datuk
meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung
Raja.
“Mari,”
ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan.
Akhimya kami sampai ke
sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah
di tepi pokok
meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.
Bah Lanjut
juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan
saya, tempat itu
mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuanpunya rumah itu sanggup menyediakan
apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah
kosong berhampiran
dengan sebuah anak sungai.
Datuk
gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah
meletakkan barang-barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali
semula ke rumah yang mula‐mula di temui.Bah
Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan
tuan rumah itu.
Kemudian,
Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis
orang asli
terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak
beberapa naskah majalah filem. Di
hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu.
Bah Lanjut
memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum
tinggal di Jalan
Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah
menengah di Tapah. Dia
terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk‐tanam.
Hinggalah
pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia
menanam padi di lereng
bukit.
Tiga hari,
tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di
pangkal pokok bertam yang
berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung‐raung tidak tentu
arah.
Kuntum
terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik,
anehnya pula, Kuntum
tidak dapat bergerak ke mana‐mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.
Bila malam,
Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa‐apa. Dia boleh memasak,
membaca dan
menyanyi. Kadang‐kadang turun ke tengah ha‐laman menari dengan iringan bunyi
suara buluh yang dihentakkan
ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku
Kuntum untuk di
bawa ke dalam hutan.
Bila fajar
subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.Kerana hari
sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan
untuk kami.
Datuk
berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat
memberikan kata putus
samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang
asli itu. Datuk sekedar
menyatakannya.
Saya lihat
datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan
dengan kain merah
selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya
memakai baju
Melayu
putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya
berdebar, belum pernah datuk
menyuruh.
“Bermacam
usaha telah dilakukan, pernah orang‐orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi semua tidak
berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami,” beritahu Bah Lanjut pada
datuk. Datuk kelihatan
resah. Dia gigit hibir.
No comments:
Post a Comment