TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
SBDJ (JILID 1) : EP 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM
Dua hari
sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di
datangi oleh seorang
pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa
orang pemburu
telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala
Teris, dekat Lanchang di
Pahang.
Setelah
berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris
ikut jalan hutan satu hari
perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak
kaki makhluk ganjil
menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.
“Binatang
ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang‐‐orang di sini
mesti berjaga,makhluk
ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke
hutan,” begitulah datuk
memberitahu bebe‐rapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk
ganjil itu.
Menurut
hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands
kerana kawasan
tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang ma‐hukan tempat yang dingin.
Datuk
yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah
dengan kumpulannya
ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat
kedalam hutan besar di
Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu
saya dan datuk
menginap di rumah Dukun Nong.
Masa di
rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came‐ron Highlands lagi
sekali untuk mencari
seorang saudagar sutera dari Thai‐land yang berbangsa Amerika dan didapati
hilang, ketika berjalan
mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama
dengan pasukan
keselamatan.
Seluruh
hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang
tidak juga ditemui.
Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan
gua tepat menemui
makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.
Di situ
datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan
kain yang dipercayai
kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk
ganjil tersebut.
Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut
dalam usaha selanjutnya.
Ternyata
akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus
membatalkan rancangan
untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda‐tanda
hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.
Sesudah
itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan
pengalamannya ketika
mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat
datuk. Menurut firasat
Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas
dendam terhadap
orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.
Dalam
pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran
dalam hutan
negeri Pahang. Tempat persinggahan yang pa‐ling di sukainya ialah di sekitar
kawasan sejuk.
Tetapi
dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan
dirinya dari bertemu
dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan. Dengan Dukun Nong,
datuk mendalami ilmu‐ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh
puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke‐hilangan saudagar sutera dari Thailand
yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak
didengar lagi.
Pengalaman‐pengalaman
yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup
menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan‐keistimewaan
yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang
dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.
Menurut
nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak
mudah untuk diikuti
oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.
“Kau jangan
ikut macam datuk kau,” kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk
yang duduk
disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali‐kali.
Sepasang mata datuk merenung ke
arah pintu jalan.
“Ada
motosikal masuk ke mari tu,” datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah,
dia merenung muka nenek
sambil berkata, “Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?”
“Sudah.”
“Sudah
bagaimana?” balas datuk lagi.
“Mengamalkan
ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua
perbuatan yang
dilarang oleh agama.”
“Jadi, awak
fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?”
“Saya ingat
tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, ber‐judi, berjahat dengan perempuan,
terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke
bandar boleh
menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka
tunaikan dengan
sempurna”, begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.
Motosikal
Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah
hala‐man. Lelaki yang memakai
songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya,
orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.
Dia adalah
anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar
menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah mem‐bunuh lima anggota komunis di Tanah
Empat Ratus yang
sekarang telah dija‐dikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira‐kira 8
kilometer dari pekan
Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok
Janggut yang terkorban
dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah,
Taiping. Mat Pie
sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.
“Apa hajatnya’?” tanya datuk pada Mat Pie. Mat
Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung
Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di
tempatnya. Orang itu namanya
Kulub Mai‐din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.
Datuk pun
mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat
kopi Tidak
sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek
rebus pada mereka.
Saya pun
tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani
meminta pertolongan
datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi‐jadi di tempatnya, malah kegiatan
gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di
sekitar Batu Gajah.
“Perkara
yang benar‐benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda
orang‐orang kita yang
susah”, Din Kerani memberitahu datuk.
Dia juga
menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan
menggunakan ilmu pukau yang
melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.
“Habis apa
yang patut saya buat’?” soal datuk.
“Begini,
saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian
dari itu dari
berlaku di tempat kami sudah cukup.”
“Susah tu,
lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai se‐minggu
berada di rumah.”
“Dia minta
tolong tak akan tak boleh dicuba,” sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak
begitu gembira.
Dia termenung panjang.
“Begini
saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang,” cukup cepat datuk
membuat keputusan. Din Kerani
tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek
rebus.
“Tinggalkan
alamat rumah awak pada saya,” datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan
pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas
saya serahkan
pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, “Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang
dia mencarinya.”
“Betul
juga,” Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melu‐kiskan rajah
masuk ke rumahnya.Bila
selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama
juga. Dia menggaru
pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat
Pie dan Din Kerani
dengan tenang.
“Ada pokok
tak sebelum masuk ke rumah awak?”, soal datuk.
“Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan
jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat,
hujung jalan tu rumah saya,” Din Kerani memberikan penerangan.
Datuk
angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang.
Datuk mengiringi mereka
hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din
Kerani terus bercakap
dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu.
Malam itu
selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah
sambil melukiskan
rajah‐rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia
menyuruh saya
melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur
dengan permintaannya.
“Hari yang
baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba,
kalau pergi Khamis,
perjalanan bahaya, kita akan kerugian,” datuk memberitahu saya, sambil memberi
petua bagaimana
mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk
membaca sesuatu sambil
memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang
di minta tiba.
Datuk
menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk
menolak tempat bara itu
ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding.
“Kalau
tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang,” rungut
datuk. Nenek
mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.
“Kenapa
pula?”
“Saya sudah
malas dengan kerja ini.”
“Orang
minta tolong, mestilah ditolong.”
“Saya
faham, tapi … ,” datuk tidak meneruskan kata‐kata itu. Dia bangun lalu pergi ke
ruang tengah.
Perasaan
datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu
dengan apa yang
bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.Kenapa datuk mesti
menyusahkan diri sendiri
untuk menolong orang lain.
Timbul
pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada
diri datuk. Saya takut
menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang
pekat itu. Dia terus
naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.
“Kenapa tok?”
tanya saya. datuk renung muka saya.
“Perkara
ini berat,” jawabnya.
“Sebab?”
“Orang yang
kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk
kerja pukaunya,”
nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.
“Walau
bagaimanapun kita mesti menolong orang ini,” tambahnya dengan rasa penuh
keyakinan sambil mengepalkan
penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.
Sebelum
memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia
menjalankan kerjanya
itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari
berada di rumah Din
Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.
Datuk sudah
memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi
embun. Hampir
separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah
di surau.
Menurut
datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa
kerjasama kejayaan
agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani,
sebuah rumah telah
di pukau.
Habis harta
benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu.
Datuk hanya
menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada
tiang seri rumah.
Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas
untuknya.
Alasan
datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan
kerja membenteras
kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.
Dengan
kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah
Din Kerani.
“Kumpulan
pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin”, kata datuk
pada Din
Kerani pada
suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum
kumpulan itu
dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia.
Dia memakai
seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna
merah terpampang
di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala
lutut. Datuk menghadapi
sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh
kemenyan dalam
tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima
minit, ruang pondok dipenuhi
dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.
“Orang ini
menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah
disalaikan ke api hingga
mengecut jadi sebesar putik kelapa,” datuk memberi tahu saya. Saya angguk
kepala. Kain putih saya lihat
bergerak‐gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.
Saya
perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai,
hidungnya pesek
mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya
kelihatan seperti orang yang
berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang
lima kaki.
“Sudah
jangan lihat,” jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya.
Saya lihat tangannya
tidak apa‐apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh‐peluh halus.
“Orang ini
dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan)
dulu menjadi S.C.”, ujar
datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di
lipatkannya. Dimasukkan
ke dalam beg kertas cap kuda terbang.
“Minggu
depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau
rumah ketua kampung,”
tambah datuk.
Dia duduk
di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa
bimbangnya untuk
berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap
langkah datuk akan
menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa
menghubungi isterinya orang
bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka
luas. Dalam sekilap
mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis
dan sebilah keris pendek.
“Kita akan
menolong orang di sini,” kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada
saya. Dia bangun,
berjalan dalam ruang pondok.
“Ketua
pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di
tengah padang dan tidak
mengambil barang‐barang yang di rumah,” tambah datuk lagi.
“Kenapa
jadi begitu tok?”
“Dia mahu
menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah
itu kononnya
bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya
tu, berita itu
sampai ke telinganya dan dia menguji.”
“Siapa yang
handaI dalam hal ni tok?”
“Tentulah
ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu.” Penerangan
datuk itu
memberikan satu kepuasan pada diri saya.
Malam yang
dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan
dekat sekolah Tanjung
Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua
kampung.
Jam ketika
itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak‐geri manusia
bertiga itu dengan
penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga‐tiga manusia itu
mengelilingi rumah ketua
kampung sebanyak tujuh kali.
Kemudian
mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan
kurus itu terus memuja
tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam‐hitaman.
Lepas itu dia membakar
kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.
Tengkorak
di kepala tiang seri kelihatan berbuih‐buih dan bergerak‐gerak. Serentak dengan
itu seluruh kawasan
berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.
No comments:
Post a Comment