Saturday, March 8, 2014

Ketaksuban Yang Melampau

Bertahun dulu, sejak dari awal kes liwat ini dibicarakan, sana-sini penyokong tegar Anwar melaungkan "satu hari nanti kebenaran akan terdedah juga", "Allah bersama orang yang benar", "Allah lebih mengetahui", dan banyak lagi kata-kata dan doa yang menunjukkan betapa Allah itu Adil.


Namun, konsep percaya bahawa Allah itu adil hanya mampu mereka aplikasikan sewaktu Anwar menang kes saman atau disabitkan tidak bersalah.

Sebaik sahaja Anwar disabitkan bersalah, hilang terus konsep percaya Allah itu adil, buang terus pegangan ayat "Allah bersama orang yang benar". Atau mungkin ketaksuban kita pada seseorang, membuatkan kita yakin Tuhan & mahkamah itu adil disaat ia mengeluarkan keputusan yang kita suka sahaja.

Dan adakah disebabkan ketaksuban juga, segelintir mereka mampu menerima ketelusan mahkamah apabila Anwar menang kes, tetapi sebaik sahaja Anwar kalah terus hilang rasa percaya mereka kepada Mahkamah.

Jangan terlalu taksub pada manusia hingga lupa apa sahaja percaturan manusia didunia hanya menjadi apabila Allah kata ya. Para penyokong sekalian, ingat "Kun Faya Kun", "Allah kata jadi, maka jadilah". ALLAH yang memperkenankan bukan manusia.

Sumber : - Ash -

No comments: