UMAT ISLAM SEMAKIN TERUK DARIPADA YANG BUKAN ISLAM!!!



UMAT ISLAM SEMAKIN TERUK DARIPADA YANG BUKAN ISLAM!!!

Ada satu puak yang memang menjatuhkan Islam sejak dulu:

1. Ekstremis
2. Radikal

Mereka adalah golongan yang sentiasa akan menyalahkan yang bukan Islam dalam aspek kelemahan orang Islam itu sendiri. Orang Islam buat tahi, maka itu salah KAFIR. Orang Islam tak mahu menuntut Ilmu, tinggalkan segala ilmu yang pernah menjadi sebahagian daripada diri mereka, maka itu AGENDA SI KAFIR. 

Sebenarnya, Saya tak nak kita tunding jari ke atas orang lain di atas kejatuhan kita sendiri. Kita tumbang kerana kelemahan kita sendiri. Kalau kita kuat, tak ada siapa yang berani sentuh kita. Kerana persengketaan, kerana budaya membuang ilmu.



Saya nak tengok umat Islam mula meneliti sesuatu konflik. Apa kerana si pembuat tahi itu adalah orang yang sam agama dengan kita, kita mempertahankan mereka tatkala mereka sesenang hati mengebom sana sini sampai akhirnya bayi yang tak berdosa menjadi mangsa. Ini sikap ASSOBIYAH. Cuku pertahankan mereka yang sebenarnya MENYALIT TAHI PADA ISLAM.

Saya nak tengok umat Islam berhenti daripada mencaci maki mereka yang bukan Islam. Kita jauh lebih TERUK DARIPADA MEREKA pada hari ini. Kita buang banyak sunnah nabi sedangkan mereka kutip dan amalkan secara tidak langsung.

Hari ini, siapa negara top 10 yang mendominasikan pendidikan terbaik? TIADA SATU PUN NEGARA ISLAM. Sedangkan dulu, Andalusia di bawah Islam, adalah kiblat segala ilmu. Dulu, Baghdad di Iraq adalah tempat para pemikir berkampung, mengutip mutiara ilmu.

KEBERSIHAN itu adalah SUNNAH NABI. Tapi, apakah 10 negara paling bersih di dunia adalah NEGARA ISLAM? Switzerland, Sweden, Norway, Finland, Costa Rica, Austria dan Latvia. Beri saya mana negara orang Islam yang mencatat dalam senarai negara-negara paling bersih ini?

Negara paling korup di dunia, adalah seperti AFGHANISTAN, SOMALIA dan SUDAN. Negara mana tu? Kalau bukan negara Islam.

Inilah yang saya cakap, kita terlalu sibuk MENGKAFIRKAN orang, tanpa kita sendiri belajar daripada mereka. CUKUP dan HENTIKAN budaya membenci ini. Ini saat kita belajar daripada mereka. BUANG SIKAP RADIKAL dan FUNDAMENTALIST daripada diri kita.

Apa salahnya kita belajar daripada mereka kembali? Kalau dulu mereka belajar daripada kita, ini saat kita buang ego kita, cuba kejar mereka yang dah lama meninggalkan kita. Hentikanlah budaya seperti ini.

Tapi yang lebih menjelikan ialah walaupun di lidah kata benci tapi hampir 90% perbuatan harian kita yang disulami dengan servis atau produk yang datangnya daripada kaum yang kononnya kita kelaskan sebagai golongan "Ahli Neraka" ini..

Cuba kita selami Al-Asma Ul-Husna.. Dalam 99 Nama-Nama yang baik yang dimiliki Allah SWT, berapa banyak nama Dia yang membawa kepada kebencian dan peperangan..?

Tahukah saudara dan saudari bahawa nama-nama itu adalah sebagai 'simple guideline' untuk kita sebagai hamba kepada-Nya untuk ikuti..

Jika Allah Maha Adil, pasti kita umat Islam perlu bersikap meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya..

Jika Allah Maha Penyayang, kita juga perlu berkasih sayang..

Jika Allah Maha Pemurah, kita juga perlu selalu bersedekah dan membantu satu sama lain..

ISLAM BUKAN AGAMA UNTUK PARA PEMBENCI DAN PENDENDAM!



Sumber: HE dan JB (The Patriots)

Comments

Popular posts from this blog

MAKHLUK DAN RASAKSA MITOS

M.Zain Labu Labi