Monday, June 30, 2025

SBDJ (JILID 1) :EP24 - PUAKA TIANG SERI

 TAMAR JALIS

SIRI BERCEAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 SBDJ (JILID 1) :EP24 - PUAKA TIANG SERI

kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.

"Apa hajat?", terdengar suara parau.

"Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.

"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan  tuan punya rumah asal"

"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”

”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"

"Maksud tuan hamba?"

Sunday, June 29, 2025

SIAPA YANG CAKAR BAWAH KATIL

 

Febuari 15, 2024

Catatan Oleh : Syarifah Sofiiya, Johor Bahru

Sumber : <<<Mastika>>>

Jika bukan si Leper, siapa yang mencakar dari bawah katil itu?

SIAPA YANG CAKAR BAWAH KATIL

Aku memang suka membaca novel. Lebih-lebih lagi novel genre romantik. Biasanya aku membacanya pada waktu malam. Hendak tahu macam mana aku baca novel? Aku akan baring di atas katil sambil kedua-dua kaki aku juntaikan ke bawah mencecah lantai.

Ada sebab mengapa aku menjuntaikan kaki. Semuanya kerana Leper, kucing kesayangan aku. Ada kalanya ketika aku membaca novel, kaki aku dicuit-cuit manja. Aku biarkan saja Leper buat begitu. Setiap kali kaki aku dicuit atau digesel-gesel, pasti aku akan memanggil namanya. Kemudian Leper akan melompat ke atas katil.

Saturday, June 28, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP23 - ROH BAYI MENCARI IBU

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 SBDJ (JILID 1) : EP23 - ROH BAYI MENCARI IBU

 "Boleh, apa salahnya”

Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.

Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bungabungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi

Friday, June 27, 2025

BLOK B: TINGKAT TIGA

 


 

"BLOK B: TINGKAT TIGA"

Kisah Seram Asrama Perempuan

 

Sekolah Menengah Seri Selatan (nama samaran), terletak di hujung daerah Johor, adalah sebuah sekolah asrama penuh perempuan yang tersorok di balik ladang getah dan sawah luas. Terkenal dengan prestasi akademik dan disiplin ketat, ramai ibu bapa bangga menghantar anak mereka ke sini.

Namun di sebalik pagar berwarna biru tua itu, tersembunyi satu kisah yang tidak pernah keluar dari mulut pelajar — kisah tentang Tingkat 3, Blok B, asrama paling lama dan paling sunyi.

SIAPA APEK YANG SAYA JUMPA TADI ?

 

 Sumber : <<<Mastika>>>

Julai 20, 2023

Diceritakan Oleh Suffian Tarmizi, Kuala Lumpur

SIAPA APEK YANG SAYA JUMPA TADI ?

Kalau dengar orang atau rakan-rakan sendiri bercerita kisah hantu, saya kebiasaannya menjadi pendengar sahaja. Jarang saya menyampuk atau tumpang sekaki.

Saya kurang percaya dengan cerita-cerita hantu. Selama 35 tahun hidup, belum pernah saya jumpa dengan makhluk yang digambarkan berwajah buruk, hodoh, menyeramkan dan macam-macam lagi rupa yang menakutkan itu. Namun, pengalaman yang berlaku beberapa tahun lalu betul-betul merubah segala tanggapan saya tentang kewujudan makhluk halus ini.

Saya bekerja sebagai pegawai pemasaran dengan sebuah syarikat swasta. Tugas ini menuntut saya menjelajah ke serata pelosok negeri untuk tempoh beberapa hari.

Thursday, June 26, 2025

ANGKARA JIN ASYIK!

 


Derita diganggu sejak bujang, lepas kahwin minta cerai setiap hari angkara jin asyik! Selesai rawatan baru ibu dedah keturunan


Sumber : <<<Mistik>>>
Mei 29, 2025

ANGKARA JIN ASYIK!

GANGGUAN makhluk halus seperti saka bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, dia berkongsi bagaimana peritnya penderitaan yang dialami gara-gara terkena gangguan jin asyik.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita yang dikenali sebaga@minazaini berkata, gangguan tersebut dialaminya sejak bujang dan berlanjutan selepas dia mendirikan rumah tangga.

"Sebelum ni aku dan suami pernah berubat dengan seorang ustaz. Katanya kami kena sihir pemisah, sihir yang buat suami isteri bergaduh, benci dan renggang.

Wednesday, June 25, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA

 


SBDJ (JILID 1) : EP22 - PENUNGGU RUMAH TOK KAYA SENDI DIRAJA

kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh.

Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tibatiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.

Tuesday, June 24, 2025

KOLAM TUA DIPINGGIR KG.SERI BAYU

 


 KOLAM TUA DIPINGGIR KG.SERI BAYU

Kampung Seri Bayu terletak jauh di pedalaman. Dikelilingi hutan rimba tebal, kampung itu terkenal dengan sawah yang subur dan penduduknya yang hidup sederhana. Namun, di hujung kampung, ada satu kawasan yang sentiasa menjadi bisik-bisik orang kampung: Kolam Hitam.

Kolam itu seakan terlindung dari cahaya matahari, walaupun pada waktu tengah hari. Airnya hitam pekat, dikelilingi pokok-pokok tua yang daunnya tidak pernah gugur. Tiada sesiapa berani memancing, mandi, apatah lagi menghampiri kolam tersebut, terutamanya selepas waktu Maghrib.

SIAPA SEBENARNYA HARYATI??

 


Sumber : <<<Nita Dahnin

September 5, 2024

Diceritakan oleh : Ahmad Safuan, Johor

SIAPA SEBENARNYA HARYATI??

Sewaktu menetap di daerah Gombak, Selangor, lebih 20 tahun yang lalu, saya kerap melalui jalan Gombak lama dari arah Setapak menuju ke Greenwood. Ketika itu, jalan tersebut tidaklah secantik seperti sekarang. Di kiri kanannya banyak hutan belukar. Pada waktu malam, kebanyakan jalan sudah mulai sunyi, apatah lagi ketika itu bukan semua kawasan yang diterangi dengan lampu jalan.

Kini, walaupun sudah berpindah ke negeri di selatan tanahair, sesekali saya masih turun ke Selangor dan ada kalanya melalui jalan tersebut. Walaupun jalan itu kini sudah cantik dan selesa, namun saya tidak akan dapat melupakan satu peristiwa yang berlaku sekitar penghujung tahun 80-an dulu.

Ketika itu, lebih kurang pukul 9.00 malam, saya dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah seminar di sebuah hotel di Genting Highlands. Seperti biasa, saya melalui jalan Gombak lama untuk pulang ke rumah.

Monday, June 23, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 

SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN

“Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk.”

“Buka apa?”, sergah datuk pada saya.

“Tahan besi.”

”Tahan besi?”, ulang datuk.

“Ya tok.”

Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah‐olah dari sinar matanya terucap perkataan ini: “Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”

Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri.

Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

“Sudah”, pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah

Saturday, June 21, 2025

MENGHUNI BELUKAR NERAKA

 


 

"MENGHUNI BELUKAR NERAKA"

Sebuah Kisah Seram dari Felda Sungai Koyan

Felda Sungai Koyan, sebuah penempatan pertanian tenang di hujung Pahang, terkenal dengan ladang kelapa sawitnya yang luas membentang. Tapi bagi penduduk lama, ada satu bahagian ladang yang tidak pernah mereka jejak — Blok 13.

Blok itu telah lama dibiarkan kosong. Pokok-pokok sawitnya menjulang tinggi, daunnya kering, suasananya seakan tidak berangin. Burung pun tidak singgah. Setiap kali melintasi kawasan itu, ada bisik-bisik dari dalam semak, seperti ada yang memanggil.

Namun semuanya berubah bila sebuah syarikat luar datang untuk memulakan pembersihan di Blok 13.

CAKAP MACAM BERANI

 

Cakap macam berani, bila dah ‘bertembung’ baru tahu!

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 9, 2023

CAKAP MACAM BERANI

Hari itu, Selva bekerja syif pagi. Jam 7.00 malam, dia sudah bersiap untuk pulang. Rakannya yang bekerja syif malam juga sudah datang. Selva sempat berpesan pada rakannya itu agar berhati-hati. Maklumlah, rakannya itu masih baru bekerja. Belum arif sangat  selok-belok di situ. Lainlah dengan Selva yang sudah hampir 30 tahun menjadi pengawal keselamatan di situ. Semua cerita dalam tangannya.

“Eleh, aku bukan penakutlah,” kata rakannya itu ketawa, mempersendakan pesanan Selva. Malas hendak melayan telatah rakan setugasnya itu, Selva berlalu pulang.

Keesokan pagi apabila Selva datang untuk bertugas semula, dia mendapat tahu rakan setugasnya semalam demam teruk. Eh, semalam masuk bertugas elok saja. Selva jadi hairan.

Friday, June 20, 2025

MISTERI KECURIAN DI KAMPUNG SERI DAMAI

 


MISTERI KECURIAN DI KAMPUNG SERI DAMAI

Malam di Kampung Seri Damai jarang sunyi. Biasanya, bunyi cengkerik dan unggas malam menemani penduduk yang sedang berehat selepas seharian bekerja. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, suasana kampung menjadi aneh. Malam terasa berat, seolah-olah ada mata-mata ghaib memerhati dari kegelapan.

Semuanya bermula selepas kematian mendadak Mak Timah, seorang balu tua yang tinggal di hujung kampung. Arwah Mak Timah dikenali sebagai bomoh bidan, mahir dengan ilmu perubatan lama. Ada desas-desus mengatakan Mak Timah pernah memelihara sesuatu, namun tiada siapa berani bertanya semasa hayatnya.

Thursday, June 19, 2025

ROH MEREKA BERKELIARAN

 

Roh mereka terus berkeliaran kerana impian yang tidak tertunai

Sumber : <<<Mastika>>>

Disember 23, 2023

ROH MEREKA BERKELIARAN

Tentu anda sudah tahu, Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak, merupakan salah sebuah bangunan paling berhantu di Malaysia. Selain Kellie’s Castle, antara bangunan-bangunan lain yang dilabel sebagai berhantu adalah Villa Nabila dan Kemayan City di Johor Baharu serta kawasan Penjara Pudu, Highland Towers dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. 

Kembali kepada Kellie’s Castle, banglo agam itu dibina pada 1915 oleh William Kellie Smith, seorang peladang dari Scotland, sebagai hadiah cinta untuk isterinya, Agnes dan dua anak mereka, Helen serta Anthony.

SBDJ (JILID 1) : EP20 - MEMBURU RAJA PUKAU

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


 

SBDJ (JILID 1) : EP20 - MEMBURU RAJA PUKAU

“Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku”, datuk mengemukakan permintaan secara jujur. 

Belum pun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.

“Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatanyang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya”, itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.

Wednesday, June 18, 2025

'SASAU' LEPAS NAMPAK POCONG

 

Geng remaja cari penyakit seru hantu malam Jumaat! Seorang jadi ‘sasau’ lepas nampak pocong muncul dari kubur lama

Sumber : <<<mstar>>>

Mei 29, 2025

'SASAU' LEPAS NAMPAK POCONG

GOLONGAN remaja memang pantang dicabar!

Latif berkongsi pengalaman seorang rakannya yang menyahut cabaran selepas dicabar untuk melihat pocong.

Berkongsi cerita di media sosial, Latif Aziz berkata, insiden yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup rakannya itu bermula selepas mereka menyeru makhluk halus tersebut di tapak kubur lama.

Menurut Latif, pada masa itu dia dan rakan-rakan lain baru berumur 18 tahun.

"Lan, kawan aku ni peminat cerita mistik. Adalah satu hari, masa tengah melepak, dia buka cerita pasal hantu, kita orang pun layan, tiba-tiba kawan aku Juki tanya 'kau pernah jumpa pocong'?.

Tuesday, June 17, 2025

MISTERI KECURIAN DI KAMPUNG SERI DAMAI

 


 

MISTERI KECURIAN DI KAMPUNG SERI DAMAI

Malam di Kampung Seri Damai jarang sunyi. Biasanya, bunyi cengkerik dan unggas malam menemani penduduk yang sedang berehat selepas seharian bekerja. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, suasana kampung menjadi aneh. Malam terasa berat, seolah-olah ada mata-mata ghaib memerhati dari kegelapan.

Semuanya bermula selepas kematian mendadak Mak Timah, seorang balu tua yang tinggal di hujung kampung. Arwah Mak Timah dikenali sebagai bomoh bidan, mahir dengan ilmu perubatan lama. Ada desas-desus mengatakan Mak Timah pernah memelihara sesuatu, namun tiada siapa berani bertanya semasa hayatnya.

Sunday, June 15, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP19 - DIRESAP SEMANGAT MONYET

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 SBDJ (JILID 1) : EP19 - DIRESAP SEMANGAT MONYET

“Pukaunya sudah menjadi,” bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya.Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar‐samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang matidibunuh, ketika hujan panas.

Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama adaorang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harusmelalui beberapa ujian yang tertentu.

BAS EKSPRESS 12:45am KE TIADA??

 


BAS EKSPRESS 12:45am KE TIADA??

Lokasi: Terminal bas di Ipoh
Masa: Malam Jumaat, Disember 2019

Farah, seorang pelajar universiti, baru habis kelas terakhir dan bergegas ke terminal bas untuk pulang ke kampung di Kedah. Disebabkan cuti Krismas, semua tiket bas habis — kecuali satu bas terakhir, jam 12:45 pagi, tanpa syarikat atau nama jelas.

Konduktor hanya sebut, “Bas ekspres tambahan. Laluan terus. Naik je kalau nak cepat sampai.”

Farah teragak-agak, tapi sebab penat dan malas tunggu esok pagi, dia setuju. Tiketnya tak bertulis apa-apa kecuali nombor tempat duduk: 13C.

Saturday, June 14, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP40 - HARIMAU JADI PENJAGA DIRI

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP40 - HARIMAU JADI PENJAGA DIRI

Semasa sampai di rumah Haji Kawa langkah Mizah jadi perlahan apabila terasa dadanya mulai sebak. Kebetulan pula saya berjalan-jalan di depan rumah memerhatikan pokok mangga berbuah lebat, disebabkan Haji Kawa di bilik air mandi untuk tunaikan solat asar. Isteri saya di dapur menemani isteri muda Haji Kawa mengoreng cucur pisang.

Ketika sampai di rumahnya Haji Kawa masih lagi tidur akibat keletihan. Kebetulan pula giliran dia bermalam di rumah isteri mudanya pada hari Rabu. Sebab itu saya berkunjung di rumahnya petang Rabu kerana bimbang tidak dapat bertemu dia.

Friday, June 13, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 SBDJ (JILID 1) : EP 18 - DIGANGGU LEMBAGA HITAM

Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.

 Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

Thursday, June 12, 2025

MISTERI LEMBAGA TANPA KEPALA

 


Sumber : <<<Mastika>>>

Disember 1, 2022

Diceritakan Oleh : Wan Mud Shardihan Wan Dahalan

MISTERI LEMBAGA TANPA KEPALA

SEKITAR akhir tahun 2000, suatu malam saya mengajak kakitangan saya yang dipanggil Faiz untuk menemani saya di pejabat. Pekerja yang lain semua sudah pulang, hanya tinggal kami berdua.

Ketika sudah masuk waktu Maghrib, Faiz masih kusyuk menyiapkan kerjanya. Saya pula terus ke bilik air mengambil wuduk dan mengerjakan solat Maghrib di dalam bilik. Selesai saja saya memberi salam, wajah Faiz tercongok di muka pintu.

“Bos, cepat kunci pintu depan. Saya dengar ada suara orang lelaki dan perempuan berbisik-bisik di belakang. Mungkin ada yang tak balik lagi,” kata Faiz.

PONTIANAK DI KG. SUNGAI HITAM

 

(SERAM REKAAN) PONTIANAK DI KG. SUNGAI HITAM

Kampung Sungai Hitam terkenal dengan ketenangannya. Sawah padi terbentang luas, bunyi unggas malam menenangkan jiwa. Namun, sejak beberapa bulan terakhir, suasana damai itu bertukar menjadi mimpi ngeri.

Segalanya bermula apabila penduduk sering mendengar suara tangisan perempuan di hujung kampung, berhampiran pokok kekabu tua yang menjulang tinggi. Tangisan itu begitu memilukan, diikuti oleh bau harum melati yang menusuk hidung. Mereka tahu, itu bukan suara manusia — itu suara Pontianak.

Wednesday, June 11, 2025

LANGSUIR POKOK KETAPANG

 


LANGSUIR POKOK KETAPANG

Lokasi: Sebuah kampung di Kuala Selangor. Tahun: 2018

 Kisah ini bermula bila Rafiq, seorang juruteknik Tenaga Nasional, dihantar membaiki gangguan elektrik di sebuah rumah kosong di penghujung Kampung Parit 12. Rumah tu dah lama terbiar, tapi lampu tiba-tiba menyala sendiri setiap malam jam 2 pagi.

Penduduk kampung kata:

“Rumah tu dulu rumah bidan. Tapi dia bunuh diri… lepas anak yang dia lahirkan lahir tak cukup sifat.”

“Dia gantung diri dekat pokok ketapang depan rumah tu. Sejak tu, tak ada siapa berani lalu situ malam-malam.”

Monday, June 9, 2025

WAJAH HANCUR, RAMBUT PANJANG MELILIT


Sumber : <<<Mastika>>>

Diceritakan Oleh Mohd Syaiful, Selangor

Disember 14, 2023

Wajah hancur, rambut panjang melilit. Makhluk apa yang dilihat Aceng?


WAJAH HANCUR, RAMBUT PANJANG MELILIT

Kisah ini berlaku pada tahun 2003 ketika aku menuntut di sebuah sekolah berasrama di Kajang, Selangor. Suatu petang, selepas pulang dari kelas aku mengajak Aceng, teman sebilik untuk makan tengah hari bersama-sama di dewan makan.

Kawan aku itu orang Melayu. Tapi, sebab wajahnya seperti orang Cina, maka pelajar senior memberi nama timangan Aceng untuknya. Lekat pula nama panggilan itu.

Namun, petang itu Aceng kelihatan kurang sihat. Dia tidak mahu turun ke dewan makan. Aku biarkan Aceng berehat di bilik dan turun seorang diri. Selesai makan, aku kembali ke bilik untuk bersiap-siap membuat homework di prep room.

Masuk ke bilik, aku lihat Aceng sedang berbaring berselubung kain selimut di atas katilnya. Hanya matanya saja yang tak diselubungnya. Sebelum turun ke prep room, aku hampiri katilnya. Aku letakkan tangan atas dahinya. Suhu badannya panas, matanya merah berair. Aceng demam ke?

SBDJ (JILID 1) : EP17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EP17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH

“Jadi sekarang bagaimana?” tanya datuk.

 “Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa‐apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembagahitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini,” secara jujur Bah Lanjutmenyuarakan hasrat hatinya.

 Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji puncapenyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring.

SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADIS

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADIS

Manakala pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.  Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.

 Muka Zamri dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.

Sunday, June 8, 2025

LELAKI PANDU VOLKSWAGEN KUNING TOLONG TUKAR TAYAR.

 

Sumber : <<<mStar>>>

Mei 8, 2025

Lelaki pandu Volkswagen kuning tolong tukar tayar, wanita menggigil lepas cakap telefon dengan pemandu trak tunda


LELAKI PANDU VOLKSWAGEN KUNING TOLONG TUKAR TAYAR.

PANGGILAN telefon daripada ibunya sebentar tadi membuatkan Nadira bergenang air mata.

"Ira, nenek sakit kuat..." demikian suara ibunya tersekat-sekat di hujung talian.

Tanpa berlengah, Nadira segera mengemas beg pakaian untuk pulang ke kampung neneknya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dalam kekalutan dan fikiran yang bercelaru, jari-jemarinya menggigil ketika menghantar mesej kepada pengurus restoran tempatnya bekerja bagi memaklumkan hasratnya mengambil cuti kecemasan.

NAK TENGOK? JOM IKUT SAYA HANTAR JENAZAH WAKTU MALAM

 


Sumber : <<<Mastika>>>
Julai 8, 2024

Diceritakan oleh : Husin Mohamad, Negeri Sembilan

NAK TENGOK? JOM IKUT SAYA HANTAR JENAZAH WAKTU MALAM

Berulang kali Ismail bertanya kepada saya, “Tak takut ke jadi pemandu van jenazah?”

Melalui cermin pandang belakang, saya mengerling ke arahnya dan berkata; “Apa nak ditakutkan? Orang dah mati, bukan boleh bangun lagi.”

Saya bergurau juga dengannya, kata saya, dah berapa ramai orang mati kena cekik dengan mayat? Ismail ketawa, begitu juga dengan Ramli, kawan saya yang duduk di sebelah.

Namun tidak dinafikan, banyak kejadian luar biasa berlaku sepanjang lebih tujuh tahun saya membawa van jenazah di Negeri Sembilan. Apa yang berlaku itu saya jadikan iktibar.

Ismail mengangguk, membetul-betulkan kopiah putihnya. Dia diam seketika, memegang-megang keranda bapanya yang hendak dihantar ke Jelebu. Adik-beradik Ismail mahu supaya arwah bapa mereka yang meninggal akibat sakit tua itu dikebumikan di kampung asalnya.

Friday, June 6, 2025

Allahuakbar !!..Makhluk Itu Melayang

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 19, 2023

Pengalaman diceritakan oleh : Farif Arshad, Perak

Allahuakbar !!..Makhluk Itu Melayang

KISAH ini berlaku pada tahun 2015. Jika ada yang masih ingat, pada 31 Oktober 2015, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya bergelar juara Piala Asian Football Confederation (AFC), setelah menewaskan pasukan FC Istiklol.

Kejayaan pasukan bola sepak tanah air itu disambut gembira oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor. Saya sendiri, walaupun anak kelahiran Perak, menetap dan bekerja di negeri kelahiran, merupakan salah seorang peminat pasukan JDT.

Tapi kerana perlawanan pada malam itu jugalah, saya tak dapat melupakan satu kejadian yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.

Thursday, June 5, 2025

SBDJ (JILID 1) : EPISODE 15 - DIKEJAR MAYAT

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EPISODE 15 - DIKEJAR MAYAT

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang

Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EPISODE 39 - JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EPISODE 39 - JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

PANTANG larang turun temurun tetap dipegang oleh nenek kukuh-kukuh menjadi petua yang mesti dipatuhi. Dia tidak akan melanggar pantang larang dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya. Kalaulah tidak disebabkan dia sudah bertekad tidak mahu menjadi bidan lagi selepas saya dilahirkan, memang neneklah satu-satunya bidan yang diharapkan oleh orang-orang kampung.

Apalagi tatkala orang kampung tidak lagi menumpu ke hospital seperti sekarang, memang bidan seperti nenek saya inilah tempat mereka mengantung harapan. Bukan nenek sahaja mereka perlukan Dukun Samid dengan Mudim Encol juga menjadi tumpuan mereka.